Elderberry adalah buah berry berwarna ungu tua, secara saintifiknya dikenali sebagai Sumbucus Nigra. Ia berasal dari Eropah dan Amerika Utara. Buah berbentuk kecil ini mengandung pelbagai vitamin, mineral, dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh. Elderberry ini terkenal disebabkan oleh khasiatnya yang banyak dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara
Menurut penulisan Dr.Axe di dalam blognya draxe.com, terdapat bukti yang menunjukkan elderberry telah terkenal sejak zaman purba lagi sebagai 'natural remedy'. Pada zaman Greek dulu, elderberry dikenali sebagai 'father of medicine' sebab ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Di zaman Mesir purba, ianya digunakan untuk mengatasi luka terbakar.Penduduk Asli Amerika menggunakannya untuk mencegah infeksi dan penduduk Eropah juga menggunakan Elderberry dalam perubatan tradisional. Tidak hairan lah sehingga sekarang elderberry masih lagi menduduki carta teratas dalam senarai herba untuk antiviral.
Berikut adalah kandungan nutrisi elderberry dalam satu cawan :
* 106 kalori
* 26.68 gram karbohidrat
* 870 miligram vitamin A
* 406 miligram potasium
* 52.2 miligram vitamin C
* 9 miligram folat
* 55 miligram kalsium
* 2.32 miligram zat besi
* 10.2 gram serat
Elderberry juga mengandungi sumber antioksidan iaitu anthocyanin, flavonoid, dan asam fenol yang efektif untuk mencegah berbagai penyakit kronik
Jom kita tengok apa manfaat Elderberry untuk kesihatan kita
1- Mengatasi selsema dan influenza
Elderberry mengandungi antioksidan dan bersifat antivirus , maka ianya dapat mengatasi selsema dan influenza
2- Memelihara kesihatan jantung
Kajian mendapati bahawa ekstrak Elderberry memiliki efek positif untuk kesihatan jantung,pembuluh darah dan kesihatan jantung. Ini adalah kerana Elderberry mengandungi Flavonoid dan Antosianin yang sering dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
3- Mengurangkan risiko kanser
Elderberry kaya dengan antioksidan yang kuat seperti antosianin, flavonoid, dan asam fenol. Antosianin di dalam Elderberry adalah 3.5 kali lebih tinggi berbanding vitamin E dan ini dapat mencegah pertumbuhan sel kanser.
4- Meningkatkan imuniti badan
Elderberry kaya akan vitamin C yang menjadi sumber utama kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan pada tikus, kandungan polifenol dalam elderberry dapat meningkatkan jumlah sel darah putih dan perlindungan kekebalan tubuh.
5- Mengatasi radang
Anthocyanin dalam elderberry dipercayai dapat mengurangkan efek keradangan pada tubuh. Kandungan ini dapat menghambat nitrat oksida yang menggalakkan keradangan sebagai respons terhadap kecederaan atau penyakit.Kandungan ini juga dipercayai dapat mengatasi rasa sakit, bengkak, sakit gigi, luka, atau nyeri neuropatik. Masyarakat Mesir kuno telah menggunakan ekstrak elderberry untuk mengatasi keradangan kulit akibat luka terbakar.
6- Mengatasi Jerawat
Flavonoid dalam elderberry memiliki sifat anti inflamasi, antiseptik, dan antioksidan untuk melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang mendorong kepada pelbagai masalah kulit termasuk jerawat.
American Nutrition Association (ANA) menyarankan untuk menggunakan produk pencuci muka yang mengandung elderberry untuk perawatan kulit wajah seharian. Anda juga boleh menggunakan elderberry sebagai bahan masker semulajadi!
7- Mengurangkan kedutan di wajah
Elderberry mengandung antioksidan dan vitamin A yang tinggi yang dapat mengirangkan kedutan di wajah. Manfaat vitamin A juga untuk menegangkan kulit, melembutkan, mencegah pigmentasi dan penuaan.
8- Mencegah sembelit
Elderberry mengandung antrakuinon yang berperanan. untuk merangsang kontraksi otot untuk membersihkan usus.
9- Mencegah jangkitan dan penyakit
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Elderberry memberikan banyak manfaat untuk mencegah jangkitan dan penyakit, termasuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Berdasarkan kajian tahun 2009 di The Journal of Nutrition mendapati bahawa pengambilan 500 miligram ekstrak elderberry setiap hari selama 12 minggu dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular pada 52 wanita pasca-menopause.
10- Mengatasi stress
Rasa elderberry yang segar, sedikit masam, dan manis dipercayai dapat meningkatkan kegembiraan di hati. Anda boleh mengolah elderberry menjadi banyak menu lazat seperti jeli, smoothie, jus, atau kek kegemaran anda !
BACA LAGI :
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Norliza Othman - Mommylizz
Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera
0 Comments