Assalamualaikum
Hari ni nak berEntry mengenai SEMBELIT pulak
Rata-rata kita mesti pernah mengalami sembelit
tambah-tambah ibu yang bersalin
yong pon pernah merasa..waktu bersalin anak sulung tu,
mau dekat seminggu jugak la!
Zaman tu masih baru2 mengenal Shaklee
alhamdulillah,skarang dah tak merasa langsung
lawas ja..hihi
Jom kita berkenalan dulu dengan si sembelit ni.Sembelit berlaku apabila anda sukar untuk membuang air besar kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan jarang membuang air besar.
Ramai orang keliru dengan 'jarang membuang air besar' ini.Ini adalah kekerapan setiap individu berbeza.Ada yang membuang sekali sehari,ada yang beberapa hari seminggu sahaja dan yang beranggapan mereka sembelit tetapi sebenarnya tidak!
Bagaimanapun,anda dikategorikan sebagai sembelit sekiranya anda ke tandas KURANG dari 3 kali seminggu.Sembelit bukanlah penyakit,tetapi ia merupakan tanda (simptom) kerana jika dibiarkan,akan menyebabkan Buasir!Orang yang sembelit selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).Perempuan,bayi dan orang tua (melebihi 65tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab berlakunya Sembelit :
- Kurang minum air
- Kurang makanan berserat,tetapi lebih gula dan lemak
- Selalu menahan diri dari membuang air besar
- Kurang pergerakan atau bersenam
- Kesan ubat-ubatan
- Berkaitan hormon spt mengandung dan haid.Bagi yang mengandung,hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus dan menyebabkan sembelit.Janin yang menekan bahagian usu juga menyebabkan sembelit
Cara mengatasinya :
- Banyakkan minum air.3Liter sehari.Cara yang paling mudah,dengar isyarat tubuh anda.Minum apabila rasa dahaga dan perhatikan warna air kencing.Sekiranya mula berwarna kuning,perbanyakkan pengambilan air.Air kencing yang jernih bermakna anda telah mengambil air dengan secukupnya.
- Banyakkan makanan yang mengandungi serat saperti bijirin,roti gandum penuh,nasi dan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari.
- Lakukan senaman dengan kerap
- Jangan malas ke tandas!
Selain daripada yang telah dinyatakan,masih ada lagi alternatif yang ditawarkan oleh Shaklee.Pengambilan suplimen-suplimen ini telah terbukti dapat membantu melawaskan pembuangan air besar dan mengatasi masalah sembelit.Antaranya ialah :
1. Herb-Lax
Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
- Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
- Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
- Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
- Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
- Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
- Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
- Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
- Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
- Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.
Kebaikan Herb Lax
- Pembersihan najis yang tersekat
- Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
- Membantu masalah sembelit
- Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
- Mengempiskan perut
- Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.
2. Ostematrix
Ostematrix Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D
Bagi wanita yang berpantang, ramai yang mengamalkan Ostematrix untuk mengelakkan sembelit.Selain itu ia membantu untuk kita lebih mudah bangun di pagi hari
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments