Assalamualaikum
wah...tajuk entry...kemain ja!
Macam kena adik bradik plak dah soalan tu.
Sebelum yong melalut lagi panjang
jom berkenalan dengan penyakit Gout ni dulu.
Ni bukan penyakit orang tua2 berumur ja tau..
orang muda pun dah merasa
al maklumlah makanan macam2 dok ada!
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin (sejenis protein) yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
- · Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
- · Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
- · Minum alkohol berlebihan.
- · Kecederaan kepada sendi.
- · Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
- · Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
- · Sendi menjadi bengkak.
- · Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
- · Demam.
Bagaimana Shaklee dapat membantu penyakit Gout ini ?
Alfalfa-bertindak sebagai Agen anti bengkak,ia bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik dalam air kencing supaya ia dapat dikumuhkan sebagai bahan buangan. Alfalfa adalah detox semulajadi yang menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
Omega Guard-Mengelakkan keradangan sendi. Ia sangat penting bagi pesakit gout yang teruk.Ia sebagai langkah2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. Selain itu, ia juga membantu memelihara fungsi sendi
Performance Drink- Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments