Advertisement

Main Ad

Ucapan Positif Untuk Anak


Tahukah anda kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada si anak, mampu membentuk karektor diri mereka yang lebih baik. Pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak yang sedang membesar.



Walau sesibuk mana sekalipun anda berdua, jangan pernah lupakan ucapan manis untuk si kecil. Senyuman yang mereka lemparkan saat mendengar ucapan daripada ibu dan ayah akan mencorakkan hari yang gembira buat mereka.

Jika anda jarang mengucapkan kata-kata positif kepada anak, mungkin kata-kata berikut memberikan inspirasi untuk menjadi ibu bapa hebat kepada anak-anak.

1. I Love You

Kata-kata mudah yang boleh diucapkan setiap masa bila-bila sahaja. Jika diiringi dengan dakapan erat, ucapan ini lebih memberi kesan positif terhadap perkembangan anak. Mereka berasa tenang dan bahagia kerana tahu diri amat disayangi oleh kalian berdua!


2. Seronok melihatmu

Kadang kala anak-anak berasa kita tidak suka melihat mereka terutama jika kita sedang menghadapi masalah dan berwajah muram. Lupakan seketika masalah anda, lemparkan senyuman dan sambut kepulangan anak-anak dari sekolah atau ketika mengambil mereka dari sekolah/taksa dengan perasaan gembira dan bahagia.


3. “Kamu membanggakan ibu”

Apabila anak teruja menunjukkan hasil prestasinya di sekolah atau apa sahaja yang dia lakukan, balaslah dengan pujian dan katakan yang anda bangga dengan apa yang dia lakukan. Pujian anda tentu memberi semangat dan keyakinan kepada dirinya.


4. “Ibu nak dengar cerita kamu”

Dalam kesibukan kadang kala kita terlupa memberi perhatian dengan cerita daripada anak-anak. Luangkan beberapa minit untuk memberi perhatian dengan cerita mereka. Tunjukkan kesungguhan dan minat ingin tahu walaupun sekadar cerita tentang mereka terlambat memakai kasut ketika pulang dari sekolah.


5. Ibu percaya kepadamu

Adakalanya seorang anak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah. Namun, mereka kecewa sekiranya gagal memenuhi harapan tersebut. Katakan yang anda tetap berbangga dengan usahanya. Berikan anak keyakinan bahawa gagal bukan bermakna untuk selamanya.


6.Ibu bahagia dengan kehadiran kamu

Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


Post a Comment

0 Comments