Bergelar seorang ayah! Tentu sahaja ia perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup seorang lelaki. Biasanya wanita yang baharu melahirkan cahaya mata akan dikaitkan dengan emosiyang bercampur baur bahkan jika berlarutan tanpa kawalan boleh membawa kepada masalah meroyan atau post partum.
Tahukah anda, seorang ayah juga boleh mengalami masalah tertekan selepas memiliki anak. Bagaimana mungkin rasa gembira dan bahagia kerana dikurniakan anak boleh bertukar kepada tekanan? Namun bukan semua ayah melalui pengalaman pahit ini, tetapi bagi yang bakal bergelar ayah persiapkan mental anda untuk berhadapan dengan situasi baharu tersebut.
▪ Sesuaikan diri dengan rutin ‘normal’ yang baharu
Ada sesetengah masa anda mungkin sangat berharapkan isteri cepat bersalin agar kehidupan normal yang lama dapat dinikmati semula. Lupakan sahaja kerana anda bakal berhadapan dengan rutin baharu yang lebih ‘menyeronokkan’. Jangan risau! Lalui ia dengan tenang mengikut rentaknya kerana sudah pasti tanggungjawab baharu itu memerlukan banyak masa untuk anda mahir.
▪ Biasakan diri untuk kurang tidur
Lupakan keselesaan anda tidur lena tanpa gangguan. Selamat datang ke dunia tidur tak lena. Jangan stres kerana ia pengalaman baharu yang sangat bermakna. Jangan biarkan isteri berseorangan bangun malam menjaga bayi walaupun dia yang perlu menyusukan bayi. Kehadiran anda di seawall jam 3 pagi sangat dihargai isteri. Anda boleh membantunya menukar lampin bayi. Saling membantu dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh anda berdua. Perlu diingat, isteri anda baharu sahaja melalui pengalaman melahirkan yang sangat memenatkan.
▪ Perhatikan emosi isteri
Wanita baharu melahirkan bayi mengalami perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih, letih, marah dan sebagainya. Ia perasaan biasa yang dialami oleh seorang ibu. Sebagai suami, anda perlu prihatin dengan perubahan tersebut. Sentiasa ada di sisi isteri, beri semangat kepadanya, jangan memarahinya, jangan tinggalkan dia keseorangan dan hulurkan bantuan dalam soal menguruskan anak.
▪ Bersabarlah
Jika ia berkaitan soal hubungan intim, ia sepatutnya menjadi perkara terakhir yang anda fikirkan ketika melalui saat ini. Tempoh menyesuaikan diri anda berdua dalam situasi baharu tersebut memerlukan masa yang panjang. Jangan terburu-buru apatah lagi isteri baharu melalui pengalaman yang menyakitkan dalam proses melahirkan bayi. Apa pun jangan abaikan sentuhan dan belaian kasih sayang untuk terus mengukuhkan hubungan kalian berdua.
▪ Yakinlah
Mereka berdua amat memerlukan anda selamanya. Isteri dan anak yang baharu lahir bergantung kepada anda untuk melalui fasa kehidupan yang baharu. Sebagai ketua keluarga, anda perlu terus berkeyakinan tinggi.
▪ Jaga diri
Hormon diri anda juga sedang bercampur-baur. Jangan biarkan stres menguasai diri anda sebaliknya biarkan anda yang mengawalnya. Pastikan anda tetap menjaga kesihatan diri dengan makan secara teratur, berehat secukupnya kerana anda perlu terus kuat untuk melindungi insan tersayang dalam hidup anda.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm Fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments