Akhir-akhir ini, produk Shaklee semakin mendapat tempat dihati pengguna.
Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah mencuba dan mengambil suplemen Shaklee dalam kehidupan seharian. Tapi, bagi yang masih was-was nak mencuba, harini nak share sikit rahsia mengenai produk Shaklee ni. Rahsia yang anda mesti tahu mengenai PRODUK SHAKLEE yang semakin the bomb ni.
Tahukah anda, sebenarnya ada keburukan produk Shaklee ni yang sengaja disembunyikan dek kerana semua orang asyik bercerita tentang kebaikan produk Shaklee ja?
Rahsia Keburukan Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu
Rahsia Keburukan Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu
1. Produk Shaklee Tidak Dikilangkan di Malaysia
Soalan cepu emas yang selalu ditanyakan pada saya selaku pengedar sah produk shaklee ialah produk shaklee ni dari mana ya?
Jawapannya produk shaklee ini berasal daripada negara Uncle John iaitu Amerika Syarikat. Maksudnya, produk Shaklee ni 100% import tau. Aik, kenapa tak dikilangkan di Malaysia saja?
Sebab semua produk Shaklee ni dikeluarkan dengan kawalan yang sangat ketat bagi menjamin mutu dan kualiti produk sentiasa terjamin. Bagi Shaklee kualiti dan kepuasan pengguna produk Shaklee adalah sangat penting.
2. Produk Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM
Top isu yang sering diutarakan, HALAL ke produk Shaklee ini?
Sudah semestinya sebagai seorang muslim mesti mencari supplemenyang halal. Begitu juga dhiya sendiri. Alhamdulillah, vitamin Shaklee ini HALAL ok!....amalkan lah tanpa was-was ye...=) Tambahan lagi, kebanyakan produk Shaklee adalah dari tumbuhan semulajadi kecuali Shaklee Kolagen Powder dari sumber haiwan iaitu sisik ikan merah.
Di Malaysia, JAKIM adalah badan yang bertanggungjawab mengeluarkan dan memantau status halal semua produk di Malaysia ni. Namun, oleh kerana produk Shaklee adalah diimport terus daripada US, maka Shaklee mempunyai sijil Halal dari Islamic Service of America (ISA).
Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA adalah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Dan sijil halal dari ISA ini akan diperbaharui setiap tahun tau. Mana dia sijil tu?ni diaa... so boleh makan vitamin Shaklee tanpa fikir banyak kali ya !!
3. Produk Shaklee Mahal Sangat
Ramai yang cakap mahal sangat produk Shaklee ni sebab tu kena fikir dulu.
Info PENTING
Anda nak tahu tak, sebotol produk-produk shaklee ini boleh tahan lama tau !! Cuba tgk gambar dibawah ini. Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan. Harga sebotol vitamin c shaklee hanya RM92.50 (untuk dapat benefit lebih, join jadi ahli shaklee terus!) Cuba kira, sebulan anda hanya membelanjakan RM15 sahaja....sangat berbaloi tau!!
4. Produk Shaklee susah nak beli, tidak dijual di farmasi
4. Produk Shaklee susah nak beli, tidak dijual di farmasi
Laa memanglah produk Shaklee tidak dijual pun di farmasi. Produk Shaklee hanya boleh didapati di Branch atau dengan Pengedar Sah Shaklee yg baik hati seperti saya ni...Shaklee hanya ada 7 Branch termasuk HQ nya. (boleh lihat sini). Tapi untuk anda buat belian di Branch Shaklee anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu. Penghantaran dibuat keseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ada juga yg pos sampai ke oversea tau spt Singapore, Brunei, Saudi dan lain-lain. Dan yang bestnya konsultasi dan cara pemakanan secara percuma tau !! =)
5. Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel ?
Andayang biasa mengamalkan supplemen lain mesti biasa nampak silica gel ni kan ? Perasan tak semua vitamin Shaklee tiada Gel Silica ni? Haaa....itula bezanya vitamin Shaklee..apa fungsi benda alah ni??? Silica gel ni sebenarnyaberfungsi untuk menyerap kelembapan. Vitamin yang ada gel silica di dalamnya adalah vitamin sintetik. Oleh kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, sebab itula silica gel ni xdak..=)
Lagi info mengenai SILICA GEL
Jadi, jenis vitamin yang mana yang anda akan pilih? Vitaminsintetik atau vitamin semulajadi ?? Semestinya vitaminsemulajadi kan...sebab anda adalah pengguna yang bijak !!
6. Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam Join Jadi Ahli Shaklee
Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi memang hangat diperdebatkan. Ada pihak yang berkeras menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat.
Sebelum itu, jom kita hayati sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut pandangan Islam.
So, sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia ) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.
7. Produk Shaklee Selalu Out of Stock
Haaa...ini satu lagi keburukan yang paling teruk. Kalau macam ni, macamana nak amalkan secara konsisten? Itula, masalah ni sebenarnya dah tunjuk bahawa produk Shaklee menjadi pilihan di hati pengguna dan menjadi fenomena Shaklee sekarang ini.Inilah terjadi pabila permintaan melebihi pengeluaran. Antara produk-produk yang selalu habis stok ialah :
· Chewable Vita-C Plus
· Sustained Released Vitamin C
· Advanced Joint Health Tablet
· Caratomax
· ESP Soy Protein Shaklee
· Herb-Lax
Maka bila ada stok tu, kenalah beli lebih ye supaya bolehlah amalkan supplemen secara konsisten =)
8. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan
Healing Crisis adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan proses pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.
Jadi anda tak perlu risau ya, sbb bila ada tanda-tanda healing crisis ni sebenarnya lebih bagus sebab badan anda menunjukkan reaksi dengan vitamin yang diambil dan segala toksin akan dibuang dari badan.
9. Produk Shaklee ada yang Berbau Tidak Best dan Warnanya Tidak Cantik
Ya betul, antara produk Shaklee yang paling berbau tidak bestsemestinya B-Complex. Baunya memang sangat kuat. Kalau letak dalam beg tu memang bila bukak beg memang semerbaklah bau B-Complex tu.
Lagi satu, produk shaklee seperti pencuci muka Nutriwhite, Shampoo Pro Sante dan even sabun pencuci baju Get Clean Shaklee ni memang baunya tak wangi seperti produk lain yg ada dipasaran. Memang kadang2 tu rasa mcm tak pakai sabun pulak kan ...=)
Kenapa eh?
Sebabnya, misi Shaklee adalah mengekalkan semua produknya semulajadi tanpa tambahan apa2 pewarna dan pewangi. Semuanya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia!!
10. Shaklee Tidak Memerlukan Duta atau Selebriti untuk Mempromosikan Produknya
Normal sekarang ni mesti nak selebriti atau orang-orang terkenal menjadi duta produk mereka dan mereka ini akan turut membantu mempromosikan produk itu. Namun ia tidak terjadi untuk produk Shaklee ini. Walaupun sebenarnya banyak selebriti terkenal dalam dan luar negara mempercayai dan menggunakan produk Shaklee seperti Tun Mahathir, Rita Rudani, Ashraf Muslim, Jennifer Lopez, Tiger Woods dan Oprah Winfrey namun mereka bukanlah duta yang dilantik.
Tapi kenapa?? Adakah sebab Shaklee tiada duit nak bayar mereka?? Ehhhhh….setiap bulan Shaklee untung juta-juta xkanla nak amik duta pun xmampu kann??
Shaklee sebenarnya menegakkan legasi nya yang mahukan kita yang biasa-biasa ini yang berkongsi kehebatan produk Shaklee selepas menggunakannya sendiri. Bagi mereka apabila orang-orang biasa ini mencuba sendiri, dan berkongsi cerita kepada keluarga dan kawan-kawan itu adalah lebih mempengaruhi daripada iklan yang dibelanjakan berjuta-juta. Kerana Shaklee sememangnya sudah kukuh dengan produknya yang Selamat, Berkesan dan Terbukti lebih 50 tahun ini....
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments