7 BAHAYA ALFALFA !!



Ramai di luar sana yang prihatin dan ambil berat dengan Alfalfa Complex sekarang ye. Apa yang positif bila semua tahu tentang kebaikan Alfalfa. Namun, jangan lupa ambil tahu tentang fakta,ciri2 dan jenis Alfalfa yang tak patut diambil dan keadaan bila kita tak patut ambil Alfalfa ni.. Ramai yang bertanya setelah membaca artikel bahaya alfalfa dari blog Dr Zubaidi. Setelah saya gali.. merujuk pada pakar nutrisi dan pharmacist.. Ini lah findings yang saya dapat.. Harap kita semua dapat manfaat daripadanya.

Saya bersetuju dengan artikel yang sangat bagus itu. Artikel yang bagus tetapi ramai yang baca separuh atau ada yang tergesa-gesa membuat andaian tanpa memahami isu yang diutarakan di dalamnya. 

Untuk menyenangkan kita semua maka saya telah ringkaskan kenyataan dalam artikel tersebut dan cuba menjawab persoalan sebaiknya. Mari kita tengok apa sebenarnya yang kita tak tau tentang alfalfa ini?




1. Kenyataan Dr Zubaidi, tidak salah amik supplement cuma wajib pastikan amik dari pengeluar yg dipercayai dan well known.

JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan. Sebuah company yang sangat diakui sangat teliti dalam mengeluarkan produk yang semulajadi.

2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).

JAWAPAN: alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat pihak Shaklee juga ada menyatakan pada botol shaklee bahawa supplemen Alfalfa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa yang tiada SLE.

3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn. 

JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maksimum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan. Makan nasi pun kalau berlebihan boleh jadi bam bam kan:)

4. Pesakit yang mengambil ubat-ubatan tertentu diminta untuk  meminta consultation doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.

JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Sebenarnya kalau ambil maajun pun kita kena tanya doktor boleh makan sekali atau tak?

5. Pengambilan alfalfa dalam KUANTITI YANG BANYAK DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.

JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.

6. Pesakit kanser, fibroid tidak digalakkan mengambil alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.

JAWAPAN: memang kita pun tidak benarkan pesakit-pesakit ini ambil alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

7. Pesakit yang mengambil ubat untuk mencairkan darah tidak digalakkan mengkonsum alfalfa.

JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa dapat memekatkan darah maka sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan mengambil alfalfa.

Diharap segala persoalan tentang alfalfa terjawab dan semoga tiada keraguan nak ambil alfalfa jika anda tahu apa yang anda ambil kan? Sebab itu pentingnya konsultasi semasa dan selepas pembelian supplement. Jangan buat belian dengan orang yang tiada ilmu untuk consult anda atau membeli di merata tempat yang tiada sumber untuk anda rujuk. Sebab itu saya sentiasa mementingkan consultation yang betul sebelum dan selepas pembelian dan memastikan konsultasi yang berterusan untuk memastikan keserasian dan apakah corak pengambilan yang bersesuaian mengikut keadaan dan cara hidup customer.  
Sebagai konklusi, sudah terbukti alfalfa selamat cuma anda perlu pastikan 7 perkara tadi untuk membolehkan anda membuat keputusan bijak dapat menikmati manfaat alfalfa untuk kesihatan kita :)


Jom kita skodeng kehebatan Alfalfa :










Alfalfa S



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 
Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care











Post a Comment

10 Comments

  1. Terima kasih mommylizz sebab dah mudahkan readers memahami tentang alfalfa ni dengan cara membuat ringkasan tentangnya..tapi kandungan entri u padat.

    ReplyDelete
  2. FYI & also others, we as doctors are not exposed dengan alternative treatment macam herbal treatment ni. And everyone knows that doctors at clinic doesn't involve in prescribing these supplement. We just give medicine from drugs company.

    ReplyDelete
  3. So, who u should seek for consultation?
    Mestilah yang pakar kan?
    Siapa pula yang pakar?
    They are those doctors who involve in distributing these supplementation. Kalau Shaklee, rujuk doctors yang involved in Shaklee? ~Dr. Shikin~
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Nobody has answer like this before, rite?
    And why I can answer these?
    Because i was once an Amway Distributor who spent my time learning about their Supplement whuch are Nutrilite.
    Other general doctors won't know regarding this since they never learned about it.
    So, see for DOCTORS /SPECIALIST in the SAID PRODUCTS.
    I hope that everyone understand what I've said.
    ~Dr. Shikin~
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. 1st of all,terima kasih sy ucapkan pada puan Nurashikin krn sudi berkunjung ke sini & memberikan pendapat anda.Saya amat menghargainya.

    Entry yang dibuat mmg agak padat dan saya berharap infonya dapat dihadamkan oleh para pembaca sebaiknya.

    untuk pengetahuan,produk2 Shaklee
    bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Saya telah nyatakan dalam entry : http://www.mommylizz.com/p/info-shaklee.html

    dan juga dinyatakan dalam setiap produk2nya di dalam laman web shaklee : http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10159

    Ianya adalah sebagai makanan tambahan,BUKANLAH UBAT-UBATAN dan penghasilannya melalui kaedah dan penyelidikan yg menitikberatkan yg semulajadi.Tidak melibatkan penggunaan bahan kimia,dadah dan sebagainya.PENGHASILANNYA JUGA ADALAH MENURUT NUTRISI & KEPERLUAN BADAN. as a doctor pastinya puan tahu beza antara suplimen dan ubat.

    untuk pengetahuan puan juga,setiap produk shaklee menjalani piawaian yg ketat dan penyelidikan yg berterusan untk memastikannya seiring dgn falsafah shaklee iaitu sentiasa selamat,halal & berkesan.

    shaklee memberikan latihan & pendedahan mengenai produk2nya melalui bengkel & seminar yg diberikan oleh PAKAR-PAKAR NUTRISI KAMI YANG SANGAT BERPENGALAMAN dan para distributor kami tidak sebarangan membuat cadangan kerana mereka akan meminta para pengguna merujuk terlebih dahulu kepada doktor.

    Segala penulisan di dalam blog ini adalah hasil pengalaman dan informasi yang telah diberikan oleh nutritionist kami.there are BIG different between a doctor and a nutritionist. Selain itu,terdapat para doktor yg juga menggunakan produk2 shaklee

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. 0pppsss...salah type.
    Bukan entri yang padat.
    Tapi, isinya padat. Memang good entri untuk maklumat semua pembaca.

    ReplyDelete
  7. Rasenye puan salah faham, sebenarnya saya MENYOKONG entri puan. Cuma, saya nak public tau (termasuk para pesakit) better jangan rujuk doctor di klinik kerana mereka tak dapat bagi u olzz info ttg supplement in case any of u tanye. Doktor di klinik hanya tahu jawab jika public Tanya ttg ubatan/ drugs.

    ReplyDelete
  8. I apologize kalau ayat saya confusing & offensive. Sebenarnye saya x berniat mcm tu. Sorry ye, mommylizz.
    Sekadar berkongsi idea:)

    ReplyDelete
  9. Saya sangat2 menghargai sebarang pendapat & teguran daripada para pembaca saya dan jawapn saya juga umum. Saya berharap puan juga tidak tersinggung kerana saya ingin berikan yg terbaik utk maklumat pengunjung di sini.

    Sememangnya spt yg puan nyatakan,apa2 kami akan minta pengguna rujuk pada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan produk kami ^^

    ReplyDelete
  10. info yang bagus dan padat. tahniah

    ReplyDelete