EPISIOTOMI : APA YANG IBU PERLU TAHU SEMASA PROSES KELAHIRAN





Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung.
Ia proses yang tidak menyakitkan, bagaimanapun proses pemulihan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar.
Bagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).




Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :
  • Bahu bayi tersekat.
  • Bayi bersaiz besar.
  • Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
  • Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
  • Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.


Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi
  1. Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
  1. Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.
  1. Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
  1. Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
  1. Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  1. Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.
  1. Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.
  1. Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  1. Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.
  1. Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.

Tercari-cari set bersalin & berpantang terbaik ? Klik SINI



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care





Post a Comment

0 Comments