MENGAPA ISTERI FOBIA UNTUK HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERSALIN ???


Selepas bersalin, ada wanita berasa fobia apabila didatangi suami untuk melakukan hubungan intim. Bukan tidak mahu melayan keinginan suami tetapi masih terbayangkan rasa sakit dan bimbang jahitan di vagina terbuka semula.
Normalkah perasaan tersebut? Percaya atau tidak kebanyakan wanita mempunyai perasaan enggan melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak. Ia sebenarnya perasaan biasa dalam kalangan wanita.


Namun, ia tidak sepatutnya berlarutan sehingga tempoh masa melebihi 100 hari. Selepas bersalin hormone estrogen wanita menurun dan membuatkan mereka kurang selesa untuk mengadakan hubungan intim.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan isteri menjadi dingin untuk melakukan hubungan intim dengan suami selepas bersalin:
  1. Wanita menyusukan anak. Penyusuan susu ibu meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin sekaligus menurunkan hormon estrogen. Kekurangan hormon estrogen menyebabkan cairan lubrikasi di vagina menurun, seterusnya vagina menjadi kering dan hubungan intim agak menyakitkan
  1. Kebanyakan wanita mempunyai simptom murung/post partum blues atau meroyan. Ia menyebabkan kekurangan hormon estrogen dalam badan wanita.
  1. Segolongan besar wanita mengalami luka di bahagian vagina ketika peruses melahirkan bayi. Jahitan tersebut akan sembuh selepas 10 hingga 14 hari melahirkan bayi. Ini membuatkan mereka fobia andai jahitan akan terbuka jika melakukan hubungan intim.
  1. Sesetengah wanita ada pengalaman menakutkan apabila melakukan hubungan intim selepas bersalin ketika kali pertama bergelar ibu. Kemungkinan kesakitan yang dialami akibat berlaku jangkitan kuman.
  1. Jahitan yang banyak pada vagina akibat koyakan yang besar. Ia merosakkan tisu vagina dan hampir membuatkan lubang vagina tertutup. Apabila melakukan hubungan intim ia akan menyakitkan.

Mengikut pendapat doktor pakar sakit puan, secara umumnya wanita sudah boleh melakukan hubungan intim dalam tempoh 20 hingga 30 hari selepas bersalin atau sebaik darah nifas sudah berhenti.
Namun kebiasaannya darah nifas habis dalam tempoh 45 hari dan ibu dinasihatkan memberi jarak sebelum mengadakan hubungan intim kerana sebab-sebab seperti berhentinya darah dan discaj selepas bersalin, penyembuhan luka episiotomi di vagina atau penyembuhan luka pembedahan caesarean.

Tercari-cari set penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan ? KLIK SINI

Anda mungkin mahukan sesuatu yang boleh menghangatkan kembali asmara anda berdua! Jom dapatkan  VITAMIN CINTA Shaklee

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments