Advertisement

Main Ad

HUKUM BERKHATAN BAGI ANAK PEREMPUAN



Soalan:
Saya memiliki dua cahaya mata perempuan. Saya terfikir, apakah hukum agama untuk mengkhatan (sunat) anak perempuan? Selama ini yang lazim dilakukan oleh masyarakat kita ialah mengkhatan anak lelaki. Jadi bagaimana dengan anak perempuan?
Jawapan:
Mengkhatankan (atau khitan) anak perempuan disyari’atkan dalam Islam. Dalilnya adalah sabda Rasulullah:(Sunnah-sunnah) Fitrah terletak pada lima perkara: Berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.” [Shahih al-Bukhari, no: 5889] Berkhitan yang sebut dalam hadis ini adalah umum, ditujukan kepada lelaki dan perempuan.
Dalam sebuah hadis lain baginda bersabda: Apabila bertemu dua khitan, maka wajib mandi. [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 608] Hadis di atas merujuk kepada hubungan seks antara suami dan isteri, yakni apabila penis telah memasuki faraj maka hendaklah mandi wajib. Perhatikan bahawa ketika merujuk kepada penis dan faraj, Rasulullah menggunakan istilah “dua khitan”, menunjukkan kedua-dua anggota tersebut telah pun dikhatan.
Rasulullah juga berpesan kepada Umm Athiyah: Apabila engkau mengkhitan wanita maka potonglah sedikit (sahaja) dan janganlah berlebihan kerana yang sedemikian boleh menceriakan wajah dan disukai oleh suami. [Shahih al-Jami’ al-Shageir, no: 509] Hadis ini menunjukkan bahawa khatan bagi wanita dianjurkan dan berlaku pada zaman Rasulullah.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, para ilmuan Islam menyatakan bahawa mengkhatankan (atau khitan) anak perempuan adalah disyari’atkan. Hanya mereka berbeza pendapat, apakah hukumnya wajib atau sunat. Secara terperinci, hukum khatan bagi perempuan adalah seperti berikut:
Haram: Yakni apabila keseluruhan bahagian kelentit (clitoris) dipotong atau dibuang. Dilaporkan bahawa perbuatan seperti ini pernah dilakukan di Afrika agar hanya lelaki yang dapat menikmati hubungan seks sementara perempuan tidak. Ini adalah perbuatan yang jelas haram.
Wajib: Sebahagian perempuan ada yang memiliki kelentit yang agak besar sehingga kerap kali menimbulkan ransangan seks dalam pergerakan harian mereka. Bagi kes seperti ini, khatan adalah wajib agar dapat memelihara mereka daripada kecenderungan ke arah aktiviti seks yang tidak sihat atau yang dilarang oleh agama.
Sunat: Bagi perempuan yang memiliki kelentit saiz normal, dan ini adalah kebiasaan bagi kebanyakan wanita, maka dianjurkan (sunat) untuk khatan sebagaimana yang disentuh oleh hadis-hadis di atas.
Seperkara lain yang penting berkenaan khatan bagi anak perempuan, hendaklah ia dilakukan oleh doktor yang memiliki ilmu agama berkenaan hukum khatan dan berpengalaman melakukannya. Ini kerana di antara doktor ada yang terpengaruh dengan gerakan pembelaan hak wanita lalu enggan melakukannya. Mereka menganggap khatan adalah kezaliman ke atas wanita, padahal kezaliman hanyalah apabila keseluruhan kelentit dipotong atau dibuang.
Ada juga doktor yang hanya menggores kelentit sekadar mengeluarkan sedikit darah. Mereka menjadikan khatan bagi anak perempuan sekadar satu amalan simbolik. Perbuatan seperti ini tidak menepati hukum khatan.

Kaedah berkhatan ;



a) Membuang kulit yang menutupi (prepuce) clitoris sahaja. Ianya sama dengan kaedah mengkhatankan kanak-kanak lelaki.Organ kelamin tidak dicederakan.Ianya adalah berkhatan secara 'sunnah'.RUJUK TYPE I.

b) Membuang prepuce,clitoris (clitorectomy) bersama sebahagian labia minora kemudian dijahit hanya untuk meninggalkan pembukaan saluran kencing dan faraj.Ini satu kezaliman dan mencacatkan. RUJUK TYPE II.

c) Membuang keseluruhan clitoris,labia minora dan sebahagian labia majora lalu dijahit dan meninggalkan sebahagian kecil untuk saluran kencing dan faraj.(Air kencing dan darah haid keluar dari saluran yang sama).Kaedah ini dinamakan Pharaonic dan amat jelas kezalimannya dan melakukan kecacatan ketara dan kekal.RUJUK TYPE III.

Ini jelas bahawa cara kedua dan ketiga bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.Dan ia merupakan satu perbuatan yang zalim kepada wanita


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments