Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung MommyLizz.com.Hari ni mommy nak berEntry mengenai KELAHIRAN PRAMATANG.Mommy percaya mesti ada dikalangan anda yang pernah melalui pengalaman melahirkan bayi pramatang.
Tahukah anda semua apakah yang dimaksudkan dengan kelahiran pramatang? Yang dimaksudkan dengan bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan pada usia kandungan kurang dari 37 minggu.
Penjagaan bayi pramatang sedikit berbeza dengan bayi yang cukup bulan kerana bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti. Berikut mommy kongsikan sedikit info yang perlu anda tahu tentang penjagaan bayi pramatang :
Punca berlakunya kelahiran bayi pramatang
Terdapat banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin disebabkan oleh gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit semasa dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan juga pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.
Bayi pra matang memerlukan penjagaan yang lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pra matang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.
Apakah yang diperlukan bayi pramatang?
Bayi pra matang tidak mempunyai lemak yang secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Oleh yang demikian bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi itu cukup untuk mengekalkan suhu badan.
Pemakanan dan Tumbesaran
Bayi pra matang mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pra matang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Pemakanan yang sesuai untuk bayi pramatang
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pra matang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya. Kelazimannya bagi bayi yang belum lagi boleh menyusu, susu ibu perlu dipamkan dan susu itu diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat yang lebih kerana ia mengandungi protein yang membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pra matang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat susu itu.
Masalah-masalah yang kerap dialami bayi pramatang
Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap dialami bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran. Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.
Apnea
Apnea adalah keadaan di mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

Anemia (Kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Adalah agak mudah untuk mengetahui jika bayi anda mengalami anemia. Ia boleh dikesan melalui ujian darah.

Masalah pernafasan (Respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pra matang berfungsi dengan lebih baik. Dalam pada itu, jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dia dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA, bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

Masalah Retina
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh mengalami kecederaan dan ini boleh menyebabkannya mengalami masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Selepas keluar dari unit rawatan rapi
Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak. Bagi bayi yang mengalami komplikasi pramatang, mereka memerlukan proses pemantauan yang lebih rapi.
Sokongan sepatutnya diberikan kepada keluarga yang mempunyai bayi pramatang. Ini kerana penjagaan yang rapi dan sebagainya menyebabkan keluarga berasa tertekan dalam membesarkan bayi itu. Sistem sokongan ini masih belum lagi ada di kebanyakan hospital.
Semoga dengan perkongsian ini, ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang dapat membuat persiapan yang lebih rapi dalam menyambut kelahiran dan membesarkan si manja yang selama ini dinanti-nanti.
oh ya, customer kami yang melahirkan anak pramatang pun consume shaklee untuk berpantang.Tak memudaratkan,jangan risau ye ..
Lagi info mengenai set berpantang Shaklee ? KLIK SINI
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments