KENALI TANDA-TANDA ANAK AUTISME




Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka :
  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.


Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti

Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ? 

Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.
Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.

Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan :

 Firman Allah S.W.T  :  
 { " Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ”  }

Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments