MASALAH URI DI BAWAH / PLACENTA PREVIA : ADAKAH BAHAYA


Pernah dengar tak tentang URI DI BAWAH ketika hamil ?? Hari ni mommy nak share info mengenai uri di bawah atau placenta previa dengan anda semua.

Masalah uri gugat kandungan

Plasenta atau uri memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien dan oksigen kepada kandungan. Namun dalam keadaan tidak normal seperti penempelan uri di bawah (plasenta previa) serta masalah uri lekang (plasenta abruptio) mendedahkan si manja dan ibu kepada bahaya.





Faktor penyebab:

1) Merokok, meminum arak dan pengambilan dadah semasa hamil
2) Sejarah pendedahan yang melibatkan uterus seperti suction and curettage (S&C) atau myomectomy- buang fibroid
3) Pernah bersalin secara Ceasarean
4) Pernah hamil
5) Ibu berusia 35 tahun ke atas
6) Mempunyai sejarah plasenta previa sebelum ini


Simptom plasenta previa:

Pendarahan yang tidak menyakitkan pada minggu ke-24 dan atas.

Info: Kebanyakan kes plasenta previa tidak mempunyai tanda-tanda awal. Keadaan ini hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan sahaja.

Rawatan plasenta previa:

Keadaan plasenta previa terbahagi kepada dua iaitu major dan minor. Setelah diagnosis yang menunjukkan terjadinya plasenta previa, ibu yang mengalami plasenta previa major akan dimasukkan ke dalam wad sehingga bersalin dari minggu ke-28 ke atas.


Ibu yang mengalami plasenta previa minor perlulah:

  • Mengelakkan aktiviti berat dan lasak
  • Mengelakkan hubungan kelamin
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Jika dimasukkan ke wad, doktor akan memberikan suntikan corticosteroids untuk mematangkan paru-paru fetus untuk menghadapi risiko kelahiran awal
  • Dimasukkan ke dalam wad pada minggu ke-34 sekiranya ibu tidak mengalami pendarahan
  • Biasanya pembedahan caesarean akan dilakukan pada usia kandungan 38 minggu

Info: 25 daripada 100 ibu yang mengalami plasenta previa melahirkan bayi mereka sebelum minggu ke-37.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments