SEBAB MENGAPA MULUT BAYI BERBAU BUSUK




Kadang kala apabila kita berbual dengan si kecil, ada bau kurang menyenangkan keluar dari mulutnya. Bau ini terhasil daripada kawasan sekitar mulutnya. Mari kita periksa apa yang menyebabkan bau busuk pada mulut si comel.





  1. Perhatikan kebersihan gigi
Kebersihan gigi dan mulut adalah salah satu penyebab utama timbulnya bau mulut pada anak. Bau mulut pada mereka biasanya disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi dan mulut seperti malas menggosok gigi. Ini menyebabkan sisa-sisa makanan yang tertinggal akan diurai oleh bakteria. Bakteria ini yang menimbulkan bau tidak sedap pada mulut anak. Oleh itu anda perlu menggalakkan si kecil rajin menggosok gigi dan beritahunya keburukan sekiranya tidak menjaga kebersihan gigi.
  1. Periksa giginya
Ada juga kanak-kanak yang rajin menggosok gigi tetapi mulutnya tetap berbau busuk. Dalam kes ini anda perlu memeriksa keadaan giginya sama ada terdapat lubang atau tidak. Gigi berlubang adalah salah satu penyebab mulut berbau busuk. Jika dibiarkan lubang akan semakin dalam dan terkena pada bahagian jaringan pulpa gigi dan lama kelamaan gigi anak akan membusuk.
  1. Mulut kering
Selain masalah pada gigi, keadaan mulut kering juga boleh menimbulkan bau kurang enak. Ini kerana ketika mulut kering, pengeluaran air liur berkurangan. Keadaan ini membuatkan bakteria di dalam mulut akan membiak lebih cepat. Bakteria ini yang menghasilkan bau tidak enak pada mulut. Mulut kering ini disebabkan kebiasaan kanak-kanak bernafas melalui mulut. Ia dapat diatasi dengan memberikan si kecil minum air putih dengan kerap. Kalau masih berterusan bau busuk, anda boleh bawa anak berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah dengan saluran pernafasannya.
Sebagai ibu bapa, rajin-rajinlah memeriksa kebersihan diri anak agar ia dapat membantu penjagaan kesihatan anak dengan lebih baik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments

  1. jom join segmen sy
    Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape

    ReplyDelete