Biasanya apabila anak melakukan kesilapan, kita akan mengenakan denda ke atasnya. Denda paling mudah tetapi tidak digemari oleh anak adalah ‘time out’ atau sudut renungan Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘time out’?
Ada ibu bapa yang mengaplikasikan cara ini tatkala hendak menghukum anak atas kesilapan yang dilakukan. Apabila anak berbuat silap, dia akan diminta ke satu tempat atau sudut rumah dalam tempoh masa tertentu bagi ‘muhasabah’ diri kesalahan yang telah dilakukan.Sebenarnya ia bertujuan untuk mendidik anak agar insaf dan enggan mengulang lagi kesalahan yang mereka lakukan kerana perlu berada di sudut renungan tanpa boleh membuat perkara yang mereka gemari.
‘Time out’ juga salah satu cara mengelakkan ibu bapa mengenakan hukuman fizikal ke atas anak yang membuat kesalahan. Ia boleh membuatkan anak berfikir kembali mengapa dia tidak boleh melakukan hal tersebut. Mungkin pertama kali menjalani ‘time out’ anak akan menangis tetapi ini adalah salah satu cara mereka belajar mengendalikan diri.
Sudut renungan ini merupakan salah satu cara anak belajar mengendalilkan diri serta mempelajari erti tanggungjawab dan konsekuensi dari perilaku kurang menyenangkan yang dilakukan. Adakah cara ini efektif? Sebenarnya ia bergantung kepada beberapa hal seperti usia anak, kemampuan memahami perintah secara verbal atau non verbal.
Sistem denda ini kurang efektif jika dikenakan ke atas anak yang berusia di bawah dua tahun.Bahkan sebelum melakukan ‘time out’, ibu bapa harus menerangkan kepada anak sebab dan mengapa dia harus menjalani denda tersebut. Dengan itu, anak akan memahami proses serta maksud dan tujuan ibu bapa melakukan hal tersebut.
Anda juga mesti mengambil kira faktor lokasi, masa dan intonasi suara ketika mengarahkan ‘time out’ dijalankan. Intonasi suara hendaklah tenang tetapi tegas, jangan mengeluarkan suara yang tinggi seperti marah kerana ‘time out’ bukanlah satu hukuman.
Lokasi bagi menjalankan sesi ‘time out’ juga mestilah tempat yang selamat, bersih dan mudah diperhatikan oleh ibu ayah. Jangan sekali-kali menggunakan bilik gelap yang bertutup untuk mengenakan denda sudut renungan ini.Sementara masa untuk menjalani ‘time out’ juga perlu mengambil kira usia anak tersebut. Biasanya ‘time out’ dikira mengikut masa seminit untuk satu tahun usia anak. Bermakna jika anak anda dalam usia prasekolah, ‘time out’ mereka antara lima hingga enam minit.
Dalam melaksanakan ‘time out’, ibu bapa perlu tegas dan konsisten dengan apa yang dilakukan. Misalnya jika sudah ditetapkan masa selama enam minit, jangan sekali-kali membebaskan anak sebelum cukup masa tersebut.
Selepas si kecil selesai melalui denda tersebut, kita boleh berbincang dengannya dan memberitahu mengapa dia perlu menjalani ‘time out’. Sesi berbincang ini secara tidak langsung turut memberi peluang kepada anak untuk membela diri agar kita tahu mengapa dia melakukan kesalahan tersebut di samping kita memberikan nasihat dan sebab dia tidak boleh mengulang kesalahan itu.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
0 Comments