TIPS : PANDUAN URUSKAN BAYI BAGI BAPA BARU




Sebagai seorang bapa terutama yang baharu pertama kali tentu anda kekok bagaimana dan bila hendak mula membina ikatan dengan anak. Tidak perlu menunggu sehingga anak anda membesar untuk memulakan pertalian erat. Ia seharusnya sudah bermula sejak dari dalam perut ibu lagi.
Selain itu, membina ikatan tersebut juga bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa.
Lumrahnya si anak akan lebih rapat dengan ibu kerana hubungan mereka sudah terjalin sejak dari dalam rahim ibu lagi. Justeru, tidak hairanlah mereka akan lebih mencari ibu apabila memerlukan sesuatu. Berikut adalah tip praktikal yang dapat membantu para bapa hebat sekalian.

  1. Anda memainkan peranan unik dan penting dalam kehidupan bayi. Keperluan kehamilan  berpihak kepada ibu, yang mana boleh membuatkan ayah berasa kurang penting. 
  1. Jangkakan perasaan yang bercampur aduk – bimbang, keliru, teruja kerana ia adalah normal. Minta pandangan daripada rakan yang sudah ada pengalaman. 
  1. Libatkan diri dalam rutin bayi anda. Bayi akan cepat mengenali siapa yang selalu menguruskannya. Jadi jangan malas untuk memandikan bayi, menukar lampinnya atau menidurkannya. 
  1. Peruntukkan masa untuk bermain. Bayi akan menerima perhatian penuh dari anda dan pastikan ia membuatkan kalian berdua seronok bersama. 
  1. Berbual atau bercerita kepada si kecil. Percayalah ia pasti membuatkan si manja ternanti-nanti saat ini. 
  1. Pentingnya sentuhan fizikal. Mengurut bayi, menggeletek dan memeluknya benar-benar membantu anda membina ikatan yang sangat rapat. 
  1. Sesekali biarlah isteri anda berehat. Inilah masanya untuk anda menguruskan bayi bersendirian. Ia membantu anda menjadi ayah yang lebih berkeyakinan. 
  1. Jangan takut untuk meminta nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman. Lagipun, menjadi seorang bapa adalah satu pelajaran tanpa titik noktah.



 Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments