WAJIB BACA : TIPS PENYUSUAN PENTING UNTUK BAKAL IBU






Jika anda bakal bergelar ibu buat pertama kali, pastikan anda mengetahui beberapa fakta berikut sebagai persediaan untuk memberikan makanan awal terbaik kepada si manja. Proses penyusuan bukan perkara semula jadi yang berlaku dengan sendiri. Ibu perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan info supaya memudahkan tugas menyusukan bayi kelak.
Mungkin ada ibu yang sudah sedia maklum tentang beberapa fakta penting berikut berkaitan dengan penyusuan. Tetapi tidak mustahil ada juga ibu yang sudah melahirkan beberapa orang anak masih tidak tahu mengenai fakta tersebut.
Apakah kolostrum?



Mungkin ada ibu beranggapan susu pekat berwarna kekuningan itu adalah susu basi dan mesti dibuang. Hakikatnya ia adalah cecair penting yang dikenali sebagai kolostrum dan dihasilkan sebaik ibu melahirkan bayi. Kolostrum wajib diberikan kepada anak kerana ia mempunyai khasiat yang dapat melindungi si kecil daripada jangkitan kuman dan sistem imun badannya. Kolostrum tidak terdapat dalam susu formula. Oleh itu sebaiknya terus susukan bayi sebaik dia dilahirkan bagi memastikan si kecil dapat khasiat kolostrum.
Bila badan mengeluarkan susu?



Selepas tiga hingga empat hari melahirkan bayi dan menghasilkan kolostrum, payu dara ibu akan terasa lebih lembut namun tegang kerana perubahan kolostrum menjadi susu. Ketika proses perubahan ini, susu ibu akan kelihatan seperti susu skim. Selepas tempoh 10 hari hingga dua minggu, susu yang dihasilkan akan menjadi lebih matang lagi. Dalam proses ini, kuantiti susu yang dihasilkan akan meningkat mengikut kekerapan bayi menghisap. Semakin banyak susu diberikan kepada bayi, maka semakin banyak susu dikeluarkan oleh payu dara ibu.
Bila hendak mula menyusu?



Tentu ada kalangan ibu-ibu baharu tertanya-tanya bila boleh mula menyusukan bayi. Sebaiknya, cuba susukan bayi anda sejam setelah melahirkannya. Jangan bimbang, kerana bayi secara semula jadi akan tahu bagaimana hendak menyusu susu ibunya walaupun ia baharu pertama kali. Mengapa satu jam selepas melahirkan? Ini kerana setelah satu jam, bayi biasanya akan menghabiskan masanya selama 24 jam untuk tidur.

Apakah posisi terbaik semasa menyusu?


Ia juga menjadi dilema dalam kalangan ibu ketika menyusukan bayi.  Proses ini mengambil masa yang lama tetapi cukup bagi ibu mengetahui posisi asas yang disarankan ketika menyusukan bayi. Sebaiknya pastikan bayi memasukkan seluruh mulutnya dan menghisap seluruh aerola ibu dan bukan sekadar menghisap puting payu dara sahaja. Apabila bayi tertidur semasa menyusu, bangunkan bayi anda supaya dia tidak tersedak.

Bagaimana jika melahirkan secara pembedahan caesarean?


Bagi ibu yang melahirkan bayi secara caesarean, proses penyusuan mengambil masa lebih lama bahkan ada kes yang kadang kala membuatkan ibu langsung tidak dapat menghasilkan susu. Untuk menangani masalah ini, pastikan anda menyusukan bayi setiap dua atau tiga jam sekali supaya pengeluaran susu ibu cepat terhasil. Sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum proses kelahiran bagaimana anda boleh menyusukan terus bayi dengan susu ibu sebaik dia dilahirkan.
Untuk membiasakan anda dan bayi dalam proses penyusuan, susukan bayi setiap dua hingga tiga jam walaupun di tengah malam. Jika di hospital, mintalah bayi untuk berada sebilik dengan anda setiap masa. Kejutkan bayi untuk bangun menyusu apabila sudah tiba masa untuk menyusu. Cipta suasana agar bayi terbiasa dengan payu dara anda dan masa menyusu.

NAK SUPLIMEN YANG DAPAT BEKALKAN NUTRISI SECUKUPNYA UNTUK MAMA SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN & BERPANTANG??

DAPATKAN SET BERSALIN DARI KAMI ( KLIK GAMBAR )




KONSULTASI PERCUMA!


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments