TIPS TINGKATKAN KECERDASAN SI MANJA


Otak adalah organ terpenting dalam operasi tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.

APAKAH KECERDASAN MINDA?
Pada usia lima hingga enam tahun mereka sedang meniti usia pra sekolah. Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.

BAGAIMANA MELATIH KECERDASAN MINDA ANAK?
Minda yang cerdas memainkan peranan penting untuk melancarkan proses pembelajaran anak.
Kajian menunjukkan kebolehan seseorang untuk menerokai minda adalah dengan perubahan biologi yang disumbangkan menerusi latihan fizikal. Sebenarnya kecerdasan otak boleh kita latih dan cetuskan menerusi persiapan tubuh, permainan dan pergerakan fizikal tertentu yang terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama dan kedua.
FASA PERTAMA-PERSEDIAAN TUBUH DAN FIZIKAL
1-SENTIASA TERHIDRAT
Anda perlu memastikan si manja mengambil secukupnya dalam sehari. Latih anak untuk minum sekurang-kurangnya segelas air sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini kerana air membekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan memberikan keadaan sesuai untuk sel-sel berhubung antara satu lain. Membekalkan anak dengan air dan melatih mereka meminum air sekurang-kurangnya satu liter sehari pada peringkat usia ini adalah amalan terbaik untuk kecerdasan minda.
2-MAKANAN UNTUK MINDA
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran si manja. Namun, sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya antioksidan yang mampu mengelakkan kemerosotan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda si cilik. Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.
3-TIDUR YANG CUKUP
Anda perlu memastikan si manja mendapat tidur yang cukup. Kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun masih memerlukan tidur pada waktu siang. Jumlah waktu tidur mereka sehari hendaklah sekitar 10 hingga 12 jam sehari. Hal ini penting untuk membantu si kecil dalam memberikan fokus dan tumpuan ketika belajar.
4-SENAMAN
Memetik kata Dr Gwen Dewar dalam artikelnya dalam laman parentingscience.com, kecergasan fizikal banyak mempengaruhi untuk mengukuhkan fungsi minda yang lebih baik pada kanak-kanak. Hal ini akan bakal membantu mereka menumpukan perhatian pada sesuatu dan mengabaikan gangguan yang ada di sekelilingnya.  Dedahkan si cilik dengan seberapa banyak aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian untuk memastikan dia lebih mudah menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.
FASA KEDUA-BINA MINDA MENERUSI PERMAINANNYA
1-MAINAN KAD IMBASAN


Bermain dengan kad imbasan membantu perkembangan kognitif anak. Walau pun permainan sudah dimulakan seawal kelahiran, mainan ini boleh diteruskan untuk membina ingatan dan memorinya dengan mudah.

2-BLOK MAINAN BERWARNA WARNI DAN BERBENTUK JIGSAW


Permainan blok, pelbagai bentuk dan jigsaw menambahkan kebolehan mereka untuk berfikir. Kebanyakan alat permainan berwarna-warni dan bermacam-macam-macam bentuk, saiz dan corak. Bermain dengannya akan menambahkan kemahiran koordinasi mata-otot-mental untuk menyaring maklumat dengan lebih cekap. Anda boleh bermain bersama dengan anak jenis jigsaw puzzle,mencantum blok bersambung serta mengasingkan objek mengikut bentuk dan warna untuk menajamkan minda dan menyerlahkan keupayaannya.

3-GUNAKAN TANGAN YANG BUKAN DOMINAN
Jika si kecil menggunakan tangan atau kaki kanan sebagai anggota dominan, anda boleh mengajarnya menggunakan tangan kiri atau kaki kiri untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menyepak bola.

4-MAIN HARTA KARUN
Anda juga boleh mengajak anak mencari harta karun. Berikan mereka klu dan suruhlah mereka mencari barang tersebut berdasarkan klu yang diberi. Sebagai contoh soalannya boleh berbunyi; Cuba cari benda yang berbentuk bulat di dalam sebuah kotak berwarna hijau di atas meja tulis. Pastikan klu yang diberi jelas dan anda boleh sediakan hadiah untuk permainan ini.

5-BOLA PING PONG DALAM SUDU


Anda juga boleh meningkatkan kecerdasan minda anak dengan bermain permainan membawa bola pingpong dengan anak. Permainan ini akan membantu si manja mengukuhkan kawalan koordinasi badan dan minda.
Aktiviti-aktiviti ini membantu cilik mendapat minda untuk cerdas. Selain itu,  otak mereka juga sedang ‘bersenam’ untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan memperkaya pengalaman mereka. Tidak salah mencuba melatih minda anak kerana dalam masa yang sama ia membantu membina keterampilan positif pada si manja dan menggalakkan pertumbuhan tubuh badan yang sihat sebagai persediaan untuk menerima pelajaran di sekolah.

Pssst.. 
tercari-cari suplimen yg lengkap dengan DHA & EPA untuk perkembangan minda si manja??


KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments