ADAKAH NORMAL LETIH & MENGANTUK DI AWAL KEHAMILAN ?



Mudah letih dan mengantuk di awal kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan ibu hamil. Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami mengantuk berlebihan sehingga tidak dapat dikawal dan perlu melelapkan mata seketika walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.
Jika dibiarkan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan? Sebelum itu anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening. Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.
Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi. Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat. Cuba praktiskan beberapa tip berikut:
  1. Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambila peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.
  1. Jika pejabat membenarkan anda bekerja dari rumah, jangan lepaskan peluang tersebut. Anda boleh bekerja dengan lebih selesa dari rumah dalam keadaan yang tidak stabil di awal kehamilan. Jika tiada peluang tersebut, mungkin anda boleh ambil cuti seminggu sekali supaya tidak terlalu berat menjalani hari-hari kerja. Elakkan daripada bekerja luar pejabat jika tidak perlu.
  1. Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.
  1. Banyak minum air. Apabila badankekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.
  1. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.

NAK CERGAS SEPANJANG KEHAMILAN ??







KLIK GAMBAR ^^




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

2 Comments