PENGALAMAN HAMIL,BERSALIN & MENYUSUKAN BAYI DENGAN SUPLIMEN AJAIB SHAKLEE






Kisah Elin,Dari tak kenal, tak percayakan suplemen. akhirnyaaa.. tak boleh tahannnn.. TERJATUH CINTA jugak. lepas satu .. satu .. keajaiban bersama suplemen ini.. dgn izinNya.. jom baca
--------------------------------
Tak kenal maka tak cinta..

"Saya mula kenal dengan Shaklee ketika naik kerja setelah habis pantang pada tahun 2012. Waktu tu suami cerita tentang ESP yang boleh tingkatkan pengeluaran susu. Ketika itu saya hanya mengepam susu dan bagi pada anak saya, Nafisah menggunakan botol. Tiada “direct feed” sebab Nafisah tidak pandai menghisap. Pelik juga. Tapi saya biarkan je sebab pada saya lebih selesa . Masuk office saya pon bercerita tentang ESP tu dan terkejut Fai (mummy Shaklee saya) yang merupakan officemate rupanya SID. Saya tanya ada stock tak? Dia terus cakap ada dan promote saya set untuk breastfeeding. Waktu tu seingat saya, dia beri saya ESP, alfalfa dan b complex. Saya hanya mampu minum ESP setengah tong dan selebihnya terbiar. Begitu juga dengan vitamin lain. Sebab dalam fikiran saya seakan tidak berkesan. Saya mengharapkan kesan yang sangat cepat dan power. Ketika itu saya hanya mengamalkan air halba dan sup lobak putih. Alhamdulillah lebih berkesan dari Shaklee, saya katakana pada Fai.

Semakin hari, Shaklee mula glamour di FB. Saya ikuti blog dan Fb fai. Setiap hari ada saja testimony pengguna yang mengatakan Shaklee ni bagus. Dalam hati, ye ke. Okla layankan aje.

Mengandung dengan set hamil Shaklee

Bulan June 2013, saya ditakdirkan mengandung anak kedua. Kali ni saya cakap dengan suami nak try vitamin Shaklee. Saya contact Fai, saya cakap nak beli Vitalea dan b complex. Hanya mampu beli itu saja. Vitamin dari klinik saya tak makan. Suatu pagi, bangun dari tidur saya rasa kaki saya sakit mencucuk-cucuk, bagitau Fai dia kata kurang kalsium, try ambik Ostematrix. Dia bagi saya sample 1 biji. Hurm memang takde kesan. Hati terbukak untuk beli sebotol. Alhamdulillah lepas 2-3 hari saya rasa kesannya. Tiada sakit kaki, sakit pinggang, kebas-kebas kaki. Sepanjang pregnant tu saya memang tak putus bekalan Ostematrix dan saya langsung tak amik susu untuk ibu mengandung. Sebabnya saya memang tak gemar susu, jadi berita baik saya berkenalan dengan pil kalsium Shaklee ni.

Jadi antara vitamin yang saya ambil sepanjang kehamilan adalah Vitalea, b complex dan ostematrix. Setiap kali check-up di Klinik Kesihatan Masai, HB saya semuanya atas 13. Nurse puji dan tanya apa rahsia. Saya jawab saya ambil vitamin Shaklee. Dia kata teruskan sampai pantang. Mengandung kali ni agak berlainan sebab saya kena uruskan anak sulung Nafisah. Setiap pagi kena dukung dia dari tingkat atas ke bawah, masuk dalam kereta dan hantar rumah pengasuh. Saya lakukan sendiri. Tiada istilah penat atau lenguh badan. Alhamdulillah sangat bertenaga sehingga hari bersalin.

Berpantang dengan Shaklee – bersalin secara ceaseran

Tanggal 19hb March 2014, saya selamat melahirkan Anas seberat 3.2kg secara ceaseran. Saya da cuba untuk normal namun tiada rezeki. Sama seperti anak sulung, low progress maksudnya jalan buka lambat. Saya minta dengan doctor pakar untuk ceaser sebelum mereka induce. Hari pertama bersalin, saya terus beri Anas hisap susu. Hebat, tak macam kakak dia. Pantas dia menghisap. Maklumla baru bersalin susu mungkin tidak banyak tetapi baby asyik menghisap sampai saya rasakan pedih, tapi sabar je la. Melihat anak orang lain terjerit-jerit sebab tak kenyang menyusu. Alhamdulilah Anas tak buat ragam, kata nurse dia menyusu puas la tu..

Selepas 3 hari di hospital, gembira dihati sebab dapat pulang melepaskan kerinduan pada suami dan Nafisah. Terus mesej Fai nak order set berpantang. Saya order Vitalea, B complex, Ostematrix dan zinc complex. Melalui pembacaan saya zinc sangat elok untuk penyembuhan luka ceaser. Pantang kali ni sangat unik sebab saya hanya ambil vitamin Shaklee, param dan pilis. Tiada maajun dan teh herba seperti pantang kali pertama dulu. Alhamdulillah sangat cergas, susu pun banyak, dalam seminggu da boleh bersin dan orang yang melawat tengok baby pon kagum saya sangat cergas. Dalam pantang pon boleh menyapu rumah, masak dan hidang air untuk tetamu.

Bisul pada baby Anas

Kami diuji apabila Anas mengalami bisul bernanah dikawasan antara dubur dan “bird” dia. Risau sebab pelik baby pon ada bisul. Bawa jumpa doctor di Pakar Soh Kluang. Doktor kata mungkin sebab infection dari najis, so kena kerap tukar pampers. Yela baby kan asyik membuang je dalam sehari. Saya dapat antibiotic dalam bentuk cecair. Harga ubat tu rm120 tau. Kata doctor lepas seminggu kena datang semula untuk susulan. Aduh risau hati bayi dalam pantang kena makan ubat cecair, memang sukar nak bagi, tapi kuatkan semangat dan alhamdulillah senang je Anas telan. Setelah seminggu, bisul tu still tak elok. Siap ada keluar mata bisul lagi. Memang seram tiap kali nak bersihkan najis, takut tersentuh dan pecah.ok

Pergi klinik lagi,  doctor bagi antibiotic yang lebih kuat katanya. Kenala rm60. Kalau elok, tak perlu datang semula sebab saya cakap saya da nak balik JB. Alhamdulillah bisul tu hilang.

Menyusukan bayi dengan Shaklee

Selepas habis pantang 44 hari, saya pon mula bekerja dan meneruskan rutin mengepam. Alhamdulillah sehari paling banyak dapat 12-13 oz , dua sesi mengepam pagi dan petang. Apa yang best, orang tegur eh slim la awak. Kembang setaman dalam hati.Memang betul bila timbang sama dengan berat asal sebelum pregnant. Suka..Memang puas hati mengandung dan berpantang dengan Shaklee, terus bincang dengan suami nak register ahli. Yela tengok Fai da boleh jadi WAHM, kita pon teruja la. Tanggal 6hb May bersamaan hari lahir saya, saya pon bergelar SID.

Masalah kulit kering bayi

Anas mengalami masalah kulit kering disekitar muka. Saya pon search apa yang elok untuk masalah kulit kering ni. Saya jumpa tentang minyak kelapa dara baby tropika. Sebotol rm19 , beli dijusco. Hampir sebotol guna, tapi kurang berkesan. Google and search lagi, kali ni jumpa herbal blend cream. Shaklee taman molek out of stock untuk cream ni. Tanya rakan-rakan SID lain pon takde. At last rakan SID dari terengganu bersetuju jual pada saya. Saya pon gunakan untuk kulit kering Anas, alhamdulillah berkesan sangat. Cepat betul kesannya. Maka secara rasmi cream ni jadi peneman setia Anas.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Bisul Anas datang tanpa diundang. Kali ni, saya tak pelru pergi ke klinik. Hanya sapukan herbal blend cream dan surprise bisul tu hilang tanpa tinggalkan kesan. Tanpa perlu telan ubat! Syukur ditemukan dengan cream ajaib ni. Semestinya semulajadi, selamat dan berkesan.

Selsema dan batuk dengan Shaklee

Ibu menyusu ni bukan suka-suka boleh ambil ubat kan? Jadinya saya memilih cara selamat dengan menelan vitamin C + garlic complex sewaktu selsema dan batuk. Alhamdulillah selsema hanya 2 hari, hingus tiada. Batuk mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh.

Alhamdulillah, sekarang Shaklee merupakan teman kami sekeluarga. Sedaya upaya kami tidak mahu ambil ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. Amalkan gaya hidup sihat, pemaknan seimbang dan tampung kekurangan nutrient dengan supplement Shaklee. Terbaik.

Semoga menjadi asbab kebaikan untuk semua orang diluar sana.


Post a Comment

1 Comments

  1. terimakasih atas informasinya, saya sangat berminat membeli produk agar cepat hamil Shaklee, di Indonesia adakah yang menjual produk ini?

    ReplyDelete