TIPS AWET MUDA UNTUK IBU





Kesibukan tugas sebagai ibu kadang kala membataskan ibu untuk ke salon bagi membuat rawatan kecantikan. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak menjagai kecantikan diri. Sebaliknya ibu boleh mengamalkan cara semula jadi yang mudah dan murah dengan syarat perlu rajin dan berdisiplin mengamalkannya.
Selain penggunaan produk, penjagaan kulit wajah juga boleh dilakukan dengan amalan pemakanan buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buahan seperti avocado, tomata, tembikai nyata bagus untuk membuatkan kulit kekal awet muda.
Avocado


Buah ini kaya dengan vitamin E yang berfungsi mencegah penuaan awal. Kandungan potasium di dalamnya pula mencegah kekurangan cairan dalam badan. Buah hijau ini juga baik untuk megawal tahap kolesterol kerana ia sumber lemak tidak tepu yang sihat untuk badan. Selain dimakan, ia juga boleh digunakan sebagai masker pada wajah dan rambut.

Tomato

Lycopene, salah satu bahan yang sering ada dalam kebanyakan produk perawatan kulit ternyata terdapat dalam buah tomato! Ia berfungsi menghalang radikal bebas sekaligus melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari.

Tembikai

Buah yang murah dan mudah diperoleh ini mengandungi banyak bahan yang efektif sebagai anti penuaan awal untuk kulit. Kandungan nutrisi seperti zink, lemak essential, selenium, vitamin E, vitamin C, vitamin B dan A penting untuk menghalang radikal bebas di sekitar kita.

Post a Comment

3 Comments

  1. suka tengok gambar tu.Berputar ligat tangan mama buat kerja.

    ReplyDelete
  2. tp perempuan xelok makan tembikai selalu... berair nanti...

    ReplyDelete
  3. terbaikllah sis...

    ReplyDelete