Advertisement

Main Ad

MESTI BACA : PUNCA SAKIT LUTUT


Assalamualaikum & salam sejahtera

Ketahui 5 punca sakit lutut yang biasa dialami oleh ramai orang.

1. berat badan berlebihan


Obesiti atau berat badan berlebihan menyebabkan banyak kesan sampingan ke atas kesihatan. Salah satunya adalah sakit lutut. Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat sama ada obesiti menyebabkan arthritis ataupun tidak, secara umumnya bersetuju berat badan berlebihan adalah punca sakit lutut dan sendi. Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut. Jadi, Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

2. tulang rawan semakin menipis


Tulang rawan adalah tulang nipis yang melindungi tempurung tulang dari bergesel sesama sendiri. Apabila penggunaan berlebihan dan tulang rawan menipis, maka tulang akan bergesel dan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan apabila bergerak. Ia juga boleh menjadi punca berlakukan osteoarthritis.

3. glucoseamine semakin berkurang
Glucosamine (Glukosamin) adalah sebatian semula jadi yang dihasilkan secara natural oleh badan yang terdiri daripada glukosa dan asid amino glutamine. Glucosamine memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tulang rawan, dan pergerakan sendi. Glukosamine menghasilkan proteoglycan dan glikosaminogen dimana kedua enzim ini berfungsi untuk menghasilkan cecair synovial yang digunakan sebagai pelincir pada tulang rawan agar tulang rawan boleh berfungsi dengan lebih baik. Kekurangan cecair synovial boleh menyebabkan gangguan sendi yang disebut Osteoartritis (OA) atau yang juga disebut penyakit sendi. Sebenarnya tubuh manusia dapat menghasilkan glucosamine dalam jumlah tertentu, tetapisemakin bertambah usia, pengeluaran Glucosamine akan semakin berkurang dan boleh mengakibatkan tubuh kekurangan glucosamine dan mengakibatkan terjadinya Osteoarthritis. 

4. Tendon & ligamen yang cedera atau rosak
Tisu-tisu sendi iaitu ligamen dan tendon juga sangat penting untuk kesihatan lutut yang baik. Sekiranya tendon dan ligamen cedera atau rosak, lutut tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan kesakitan apabila berlaku pergerakan. Tendon & ligamen berkemungkinan cedera sekiranya melakukan senaman secara berlebihan, kemalangan,  terjatuh atau terseliuh.
5. kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat
Kecederaan yang berulang-kali juga boleh menyebabkan masalah sakit lutut yang semakin lama semakin serius.
Ramai yang tidak ambil peduli kesihatan sendi sehingga benar-benar merasa sakit. Bila sakit dah berlarutana ia mungkin menyebabkan masalah lebih serius dan lebih sukar untuk diubati


Set Kesihatan Sendi


Hanya dengan 3 langkah mudah iaitu Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik


Post a Comment

0 Comments