Assalamualaikum & salam sejahtera
Untuk program diet, paling minima biasa saya akan cadangkan herb lax, lecithin dan alfalfa. Tapi kalau dilihat herb lax dan alfalfa kedua-duanya mempunyai fungsi detox dan melawaskan. Jadi apa beza kedua-duanya?
Jom kita baca sikit sharing dari Puan Norita. Puan Norita sudah mengamalkan Shaklee selama lebih 11 tahun dan sangat berpengalaman luas sebagai pengguna dan pengedar Shaklee.
Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun, jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 25kg berat memerlukan 1 liter air jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter air sehari. Tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehidrate.
Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya. Antaranya ialah untukkecantikan kulit. Selain itu, ia bagus untuk para isteri yang mengalami kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu keradangan bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkat iaitu Asma, Alergik, Resdung, Gegata dan ekzema. Namun, pengambian air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangn sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi.
Selain itu, bagi yang mengalami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu. Alfalfa tidah hanya sesuai untuk wanita tetapi juga untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.
Bagaimana dengan herb-lax pula?
Jarang sekali saya menyebut tentang herb-lax. Ianya bukanlah julap seperti yang biasa di pasaran. Saya amalkan sekali sekala pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit-birit dengan herb-lax, cuma memang rsa sangat selesa perut selepas membuang.
Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri. Kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair, paru-paru untuk karbon dioksia, hati untuk detox manakala kulit untuk peluh.
Rata-rata penyakit berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria dan memang dikatakan perut adalah rumah penyakit. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.
Pengambilan herb-lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas ambil herb-lax, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel.
~ Kredit kepada Puan N
Tips Pengambilan :
Alfalfa boleh diambil setiap hari sebagai tambahan diet harian, manakala di hujung minggu boleh ambil herb lax. Pada hari ambil herb lax tidak perlu ambil Alfalfa.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:
0 Comments