MENGAPA PERLU MULTIVITAMIN UNTUK KECANTIKAN?


Korang tau tak..

Kenapa Multivitamin Perlu dan Penting Untuk Mereka Yang Nak Cantik, Sihat, Kurus dan Cergas?

Badan kita kalau nak pastikan ianya berfungsi dengan cekap dan berkesan, nutrisi mesti cukup.

Tapi..

Udara kita tercemar
Kita banyak makan makanan yang tinggi lemak dan diproses
Boleh kata setiap hari kita stress
Makan pun tak menentu




Semua ini akan mengurangkan nutrisi dalam badan kita. Bila nutrisi kurang, banyak fungsi badan lari. Kesannya, hormon tak stabil, kulit kusam, payah hamil, tak subur, haid terganggu, badan tak fit, nak kurus payah, nak capai BMI payah, sakit sana, sakit sini, lemah badan dan macam-macam lagi la.

Semuanya berkait dengan nutrisi yang tak cukup.
Tidak ada siapa yang boleh jamin kita akan dapat nutrisi yang cukup hanya melalui pemakanan. Even orang yang sangat menjaga pemakanan sekalipun. Sebab kita payah nak nilai dengan tepat berapa banyak nutrien yang ada dalam makanan yang kita makan. Kalau dah lapar, asal boleh makan dan kenyang sudah la kan, betul tak?
Cara memasak pun dah cukup untuk kurangkan nutrisi semulajadi yang ada dalam makanan, jadi dari mana kita nak dapatkan jumlah yang betul-betul diperlukan oleh badan?

Itulah sebabnya kenapa pengambilan multivitamin adalah paling penting sebelum pengambilan vitamin tambahan yang lain.
Makan seimbang beserta dengan pengambilan multivitamin boleh memberi kesan yang sangat power.

 Satu kepentingan multivitamin yang kita harus tahu iaitu :-
"Vitamin dan mineral membantu mengekalkan kecekapan selular dengan mengaktifkan sistem enzim yang penting untuk fungsi sel"
Kalau ikut pakar pemakanan, kita patut ambil 5-7 hidangan buah dan sayur setiap hari. Kalau lebih lagi baik. Sebab Phyto-nutrien yang terdapat dalam pelbagai bentuk tumbuhan sangat penting pada badan kita.

Tapi cuba cek, cukup ke kita ambil 5-7 hidangan sehari? Lagi-lagi kalau yang tak makan sayur dan buah. Alahai adik kakak sekalian.. tak cukup!

Tak kira lelaki atau perempuan, multivitamin ni diperlukan oleh keduanya. Kepentingan multivitamin pada lelaki dan wanita adalah dari segi
  • Sistem saraf - vitamin kumpulan B dan magnesium adalah penting untuk kesihatan sistem saraf dan boleh memberi manfaat bila stress.
  • Tenaga - Magnesium dan zat besi adalah sangat penting untuk tahap tenaga. Wanita yang kehilangan darah yang banyak ketika haid mungkin rendah kandungan zat besi. Kalium merupakan elektrolit badan penting dalam memainkan peranan dalam pengeluaran tenaga. Vitamin kumpulan B juga penting untuk pengeluaran tenaga.
  • Antioksidan - Antioksidan nutrien seperti vitamin C, vitamin E, selenium dan beta-karotena membantu melindungi daripada kerosakan sel dan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin C juga penting untuk pengeluaran kolagen yang merupakan komponen kulit, saluran darah dan tulang kita.
  • Kekebalan - nutrien penting untuk menyokong sistem imun yang sihat termasuk vitamin A, C dan E dan zink mineral dan selenium.
  • Kesihatan jantung dan peredaran darah - Vitamin E adalah antioksidan yang membantu untuk mengekalkan jantung yang sihat, membantu peredaran darah dan boleh membantu untuk meringankan tangan dan kaki sejuk.
  • Berat badan yang sihat - Mineral Kromium mempunyai peranan dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Iodin adalah nutrien surih yang penting untuk fungsi tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi kadar metabolisme, suhu badan. Pengambilan iodin yang mencukupi boleh membantu untuk mengawal berat badan melalui kesan ke atas kadar metabolik.
  • Kesihatan tulang - Kalsium, magnesium, boron dan vitamin D adalah semua nutrien penting untuk kesihatan tulang dan  membantu mencapai dan mengekalkan kepadatan tulang.

MULTIVITAMIN BOLEH CANTIKKAN KULIT

Saya amalkan Multivitamin sejak 2 tahun lepas. Banyak vitamin lain saya makan tapi multivitamin yang paling jarang saya miss. Frankly speaking, memang nampak sangat perubahan kulit. Tona kulit dah sekata, flawless, kuku pun kemerahan dan nampak segar. I love my skin rite now compared the previous.

Sebab apa multivitamin boleh cantikkan kulit?

Sebab multivitamin ada semua vitamin yang menyokong kesihatan kulit iaitu Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Bcomplex.
  • Vitamin C bantu hasilkan kolagen kulit dan menjadikan dinding saluran darah firm. 
  • Vitamin E bertindak sebagai antioksidan dan melindungi kerosakan sel. Vitamin E elak garis-garis penuaan dan menjadikan kulit lebih cerah. 
  • BComplex lancarkan peredaran darah. Bila darah lancar, sel dapat oksigen yang cukup. Kulit yang mempunyai sel yang sihat akan nampak segar dan cantik. 
  • Vitamin A bantu bagi menjadikan kulit licin dan lembut, juga mengelakkan jerawat. 

VITALEA, MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA

Banyak multivitamin boleh didapati dengan mudah di pasaran. Tapi untuk dapat yang terbaik, tentunya ada kriteria tertentu. Saya pilih Vitalea, multivitamin pertama dunia yang dicipta oleh Dr Forrest Shaklee. 2015, cukup 100 tahun usia vitalea. Kalau korang nak tau, asas kepada nama vitamin yang disebut hari ini adalah sebenarnya dari Vitalea. Vitalea ni istimewa sebab ada kandungan iron.




Apa pentingnya iron atau zat besi kepada badan?

Zat besi mengawal pertumbuhan sel dan merupakan struktur komponen banyak protein dan enzim. Besi dalam badan kita terutamanya yang terdapat dalam hemoglobin, myoglobin, enzim membantu dengan reaksi biokimia dan penyimpanan protin.





Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu-tisu dalam badan dan myoglobin pula adalah protein yang membekalkan oksigen kepada otot untuk bekerja. Oleh kerana zat besi tersangat penting dalam pengangkutan oksigen, tahap zat besi yang rendah dan kekurangannya boleh menimbulkan masalah berikut:-
  • Anemia
  • Rasa macam blur
  • Imuniti yang berkurangan
  • Selalu rasa sejuk, payah nak kekalkan suhu badan
  • Rasa letih dan lemah
  • Prestasi yang lemah bila kerja dan belajar 

Istimewanya lagi, multivitamin Vitalea ni boleh diperolehi secara PERCUMA dengan setiap pembelian product Shaklee dan mendaftar sebagai ahli Shaklee. PROMOSI INI BERAKHIR 31 OKTOBER 2015




Jadi jangan lepaskan peluang baik ni. Korang tak rugi langsung sebab harga Vitalea jika beli RM89. Yuran ahli pula RM79.50, lebih murah dari harga Vitalea. Kalau pembelian melebihi 200point, korang layak pula untuk join ahli secara PERCUMA. 



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik

Post a Comment

0 Comments