Punca masalah kesuburan selalu dikait dengan perempuan. Namun, tahukah anda, mengikut statistik, masalah kesuburan sebenarnya melibatkan kaum lelaki juga.
Menurut kajian dari sumber Harian Metro, kaum adam menyumbang peratusan sebanyak 30 peratus daripada ketidaksuburan pasangan. Jangan ambil mudah tau!
Berita baiknya, ada cara berkesan untuk anda merawat dan meningkatkan kesuburan dan membuktikan kelelakian anda! Jom kita cekidaut apa punca masalah kesuburan di kalangan lelaki .
Menurut kajian dari sumber Harian Metro, kaum adam menyumbang peratusan sebanyak 30 peratus daripada ketidaksuburan pasangan. Jangan ambil mudah tau!
Berita baiknya, ada cara berkesan untuk anda merawat dan meningkatkan kesuburan dan membuktikan kelelakian anda! Jom kita cekidaut apa punca masalah kesuburan di kalangan lelaki .
Punca Masalah Kesuburan Lelaki
Ada tiga tahap punca masalah kesuburan lelaki. Tahap-tahap tersebut termasuklah:-
1. Pra testikular
Pra testikular ini terjadi disebabkan oleh gangguan hormon. Walaupun buah zakar anda tiada masalah dan normal namun ianya tidak terangsang sekaligus tidak mampu menghasilkan sperma.
2. Testikular
Testikular adalah satu keadaan dimana terjadinya kerosakan sel pada buah zakar. Kerosakan ini mendatang kesan kepada penghasilan sperma yang tidak sihat.
3. Post testikular
Situasi ini lebih parah. Anda mampu menghasilkan sperma secara normal namun langsung tidak mampu untuk berejakulasi semasa melakukan hubungan intim.
Tips Mudah Untuk Menghasilkan Sperma Yang Sihat Dan Kuat!
Sebelum kita meneruskan ke bahagian cara mempertingkatkan kesuburan lelaki, ada beberapa tips mudah yang anda boleh mula amalkan dan jadikannya sebagai tabiat jika anda mahu menghasilkan sperma yang sihat dan kuat.
Berikut disenaraikan tips-tips yang dimaksudkan itu:-
1. Jauhi hubungan seks yang tidak sihat (secara rambang)
Amalkanlah seks yang bermoral dan mengikut landasan agama dengan pasangan yang sah dinikahi mengikut syara’ kerana anda akan tahu sejarah pasangan anda itu. Ini bagi menghindari anda dari diserang oleh penyakit kelamin yang dahsyat seperti kencing bernanah (gonorea) atau serangan kulat kepada alat sulit anda.
2. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
Diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan tubuh. Banyakkan makan kekacang, ikan salmon, daging, bawang putih dan epal. Terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan kerana antioksidan di dalamnya akan memastikan malam-malam anda sentiasa hebat.
3. Rajin bersenam dan dapatkan BMI unggul
Tak dapat dinafikan lagi, senaman penting untuk kesihatan luaran dan dalaman. Senaman juga penting untuk memastikan kalori terbakar agar berat tubuh sentiasa seimbang. Menurut kajian, berat badan berlebihan memberikan impak yang buruk kepada kualiti, pergerakan dan bilangan sperma.
4. Uruskan stress dengan baik
Jangan biarkan stress menguasai diri dan emosi. Jika anda stress cuba buat perkara yang menghilangkan stress seperti mendapatkan tidur yang cukup atau mengeluarkan peluh dengan bersenam kerana stress akan mengganggu hormon seterusnya merencatkan penghasilan sperma.
5. Banyakkan aktiviti fizikal.
Pastikan kita mengamalkan gaya hidup yang aktif dan banyak bergerak. Ia penting supaya sel-sel tubuh sentiasa kekal aktif.
6. Elakkan ketat!
Pakai seluar dalam yang longgar dan jangan tidur dengan memakai seluar dalam. Memakai seluar dalam yang ketat dan sendat adalah antara punca kemandulan dan sperma yang tak berkualiti.
Cara Paling Berkesan Adalah Dengan Mengambil Vitamin Semulajadi
Badan manusia tak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Dos yang perlu adalah 11mg bagi lelaki. Zink terdapat dalam daging, ayam, makanan laut, kekacang, bijirin dan produk tenusu.
Paling mudah anda hanya perlu mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. 1 biji Zink Complex Shaklee memberikan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).
Zink membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks. Juga perlu untuk penghasilan sperma. Masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah juga dapat dielakkan.
0 Comments