TIPS MEMILIH KOLAGEN YANG TERBAIK UNTUK KULIT ANDA | MOMMYLIZZ






Tahukah anda bahawa 1/3 dari badan kita adalah kolagen ? Kolagen merupakan jaringan asas dalam kulit,tulang,membran dan tisu penghubung dalam badan kita . Seiring dengan penambahan usia,kolagen akan makin berkurangan dan ini akan menyebabkan struktur kulit menjadi kendur dan tidak fleksibel. Akibatnya,kita akan mudah lenguh,sukar untuk bergerak dan kulit badan menjadi gelebeh.


Tak hairan lah terdapat banyak produk berasaskan kolagen dijual di pasaran sekarang ini cumanya dalam pelbagai jenama yang ada,mana satu pilihan terbaik untuk kita? Hari ini kakyong akan kongsikan beberapa tips untuk memilih kolagen terbaik.Jom baca!


Pertama sekali,secara umumnya PASTIKAN ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf HALAL oleh JAKIM kerana kedua ciri ini menjamin kualiti dan keselamatan produk tersebut.


Kedua , kenalpasti sumber kolagen . Untuk pengetahuan,terdapat 3 jenis sumber kolagen yang terdapat di pasaran antaranya termasuklah dari sumber haiwan seperti lembu dan babi,sumber tumbuhan atau buah-buahan dan sumber hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.


Ketiga pilih kolagen yang molekul bersaiz 1000 dalton kebawah. Sebab semakin kecil saiz molekul, semakin mudah dan makin cepat kolagen tersebut diserap ke dalam tubuh badan. Ia juga akan memberikan kesan yang lebih cepat.Rata-rata kolagen dalam pasaran mempunyai saiz molekul 2000-5000 dalton.


Diharapkan dengan beberapa tips yang telah kakyong share kan tadi dapat membantu korang semua untuk memilih kolagen dengan baik.Pilih dengan ilmu,bukan secara melulu.Pastikan ianya berbaloi !


Salam sayang

MommyLizz



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : NORLIZA OTHMAN - MOMMYLIZZ

Post a Comment

0 Comments