HARI DIABETES SEDUNIA 14 NOVEMBER





Kencing Manis atau nama saintifiknya DIABETES adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung.Ia berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Pada tahun 2019,dianggarkan seramai 3.9 juta (18.3%) penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes, angka ini meningkat ketara berbanding 13.4% pada tahun 2015.Daripada jumlah ini, 50% pesakit tidak mengetahui mereka menghidapi Diabetes sehinggalah ujian saringan dalam darah dilakukan

FAKTOR BERLAKUNYA KENCING MANIS
1- Obesiti - Berat badan berlebihan
2- Tidak bersenam / gaya hidup tidak sihat
3- Pemakanan yang tidak seimbang
4- Keturunan

TANDA-TANDA KENCING MANIS
1- Kerap dahaga
2- Berat badan turun dengan drastik
3- Jarak penglihatan menurun
4- Sering kebas pada tangan dan kaki
5- Luka yang lambat sembuh

BAGAIMANA MENCEGAH KENCING MANIS
1- Amalkan pemakanan sihat,perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.Kurangkan makanan bergula dan berlemak.
2- Bersenam secara rutin, ianya dapat membantu tubuh menggunakan hormon insulin dengan efektif.
3- Menangani stress dengan baik.Apabila anda stress,hormon kortisol akan dilepaskan dan meningkatkan kadar gula dalam darah.Tubuh akan cenderung untuk berasa lebih lapar dan menyebabkan anda makan dengan lebih banyak
4- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.Bagi anda yang sihat dan tidak berisiko diabetes, pemeriksaan dilakukan setahun sekali.


DIABETES : Kita mampu mengubahnya !




Post a Comment

0 Comments