Daun ubi kayu mempunyai bentuk yang panjang, rata-rata berukuran 15 – 20 sentimeter. Daun yang mempunyai permukaan berkilat di atas dan kasar di bahagian bawah sering dimasak lemak atau dibuat ulam selalunya dimakan ketika masih muda dan lembut.
Selain jambu batu, pucuk ubi kayu tidak kurang hebatnya mengandungi vitamin C yang banyak. 100gram pucuk ubi kayu mempunyai sebanyak 192mg vitamin C. Namun begitu, pucuk ubi kayu mestilah dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan kerana dikuatiri kandungan asid hidrosianik yang tinggi di dalam pucuk ubi kayu boleh membahayakan.
Lada benggala mengandungi antioksidan yang sangat tinggi yang disebut sebagai karotenoid yang sangat bermanfaat dimakan untuk kesihatan penglihatan.Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang mengandungi karotenoid dalam jumlah tinggi dapat membantu mengekalkan kesihatan mata.
Lada benggala juga membekalkan banyak vitamin C dan bertindak sebagai antioksidan hebat. Siapa sangka 100gram lada benggala mempunyai sebanyak 112mg vitamin C. Antioksidan yang terdapat di dalam lada benggala boleh mengurangkan keradangan, mengurangkan risiko barah dan melindungi kolesterol dan lemak dari teroksida.
5- KAILAN
Kailan merupakan sayuran hijau yang sangat tinggi nutrien dan sangat rendah kalori, menjadikan kailan salah satu makanan paling padat dengan nutrisi. Sama seperti sayur-sayuran berdaun lain, kailan sangat tinggi antioksidan. Sayur kailan menggandungi beta karotin, flavonoid and polifenol yang sangat baik untuk mencegah kerosakan oksidatif dan radikal bebas.
Kailan sangat baik dimakan untuk mendapatkan sumber vitamin C di dalamnya. 100gram kalian mempunyai 107mg vitamin C. Terdapat kajian yang mengaitkan bahawa sejenis bahan yang dipanggil sebagai kuersetin dan kaemferol di dalam kalian dapat melindungi jantung, menurunkan tekanan darah, bertindak sebagai anti inflasi, anti-virus, dan anti-kanser.
6- PUCUK GAJUS
Pucuk gajus atau nama saintifiknya Anacardium occidentale juga mengandungi vitamin C yang tinggi. 100gram pucuk gajus mengandungi kira-kira 91mg vitamin C. Banyak kajian telah membuktikan bahawa daun pucuk gajus kaya dengan sumber antioksidan dan mempunyai sifat anti parasit, anti bakteria, anti septik dan anti radang.
Selain itu, pucuk gajus juga mempunyai vitamin B, sumber zat besi, kalsium, zink dan magnesium yang baik untuk kesihatan badan. Kandungan vitamin dan mineral di dalam pucuk gajus ini seterusnya menjadikannya sangat baik untuk pesakit sel darah merah berbetuk sabit dan individu yang menghidap penyakit anemia.
7- SAWI
Sayur sawi merupakan sayur yang rendah kalori tetapi tinggi dengan serat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral penting. Selain mengandungi tinggi vitamin C yang baik sebagai sumber antioksidan iaitu sekurang-kurangnya 89mg bagi setiap 100gram, sawi juga mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin B, magnesium, zink dan folat.
Disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi di dalam sawi, sawi dapat membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh. Kajian membuktikan bahawa pengambilan vitamin C yang tidak cukup dapat melemahkan sistem imunisasi badan.
Kajian lain juga ada membuktikan bahawa vitamin A yang terdapat di dalam sawi dapat membantu dalam menyokong tindak balas imunisasi badan dengan cara menggalakkan pertumbuhan dan penyebaran sel darah putih untuk melawan jangkitan.
8- BROKOLI
Brokoli juga merupakan salah satu sayuran yang boleh diambil untuk mendapatkan sumber vitamin C. 100gram brokoli mempunyai sebanyak 85mg vitamin C Oleh sebab itu, brokoli amat baik dimakan sebagai sumber antioksidan dan meningkatkan imunisasi badan.
Kebaikan brokoli bukan hanya pada jumlah vitamin C di dalamnya tetapi brokoli dipercayai dapat membantu dalam mengawal kandungan gula di dalam darah bagi penghidap diabetes dengan cara memakan brokoli setiap hari selama satu bulan.
Kajian yang dijalankan terhadap tikus juga membuktikan bahawa brokoli dapat membantu dalam mengurangkan kerosakan sel pankereas pada tikus yang diberikan makan ekstrak brokoli.
9- BETIK
Betik merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico Selatan dan kini ditanam secara meluas di dalam Malaysia. Buah betik mengandungi enzim yang disebut papain yang dapat memecah rantaian protin yang terdapat di dalam otot daging. Oleh itu, buah betik digunakan secara meluas untuk dilembutkan daging selama ribuan tahun.
Selain daripada kebaikan betik yang sudah tidak asing lagi, betik juga terkenal sebagai sumber antioksida dan antikanser. Betik yang mengandungi lebih kurang 70.9mg vitamin C bagi setiap 100gram sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan jantung.
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalam betik dapat meningkatkan kolesterol HDL “baik” dan mengurangkan kolesterol LDL “buruk” berbanding dengan orang yang tidak mengambil betik. Nisbah yang lebih baik antara kolesterol HDL dan LDL dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
10. LONGAN
Longan dikenali dengan nama saintifik, Dimocarpus longan merupakan buah kecil, bulat, manis, dan berair yang hampir sama dengan buah laici. Buah longan mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kekuningan dan akan mengeras apabila sudah matang. Longan mempunyai jumlah polifenol yang tinggi yang dapat menghilangkan radikal bebas di dalam badan.
Menariknya, buah, bunga dan biji longan mempunyai jumlah antioksidan yang sama tingginya. Terdapat kajian dalam perubatan Cina membuktikan bahawa buah longan mempunyai sifat anti kanser yang dapat menghalang sel barah payudara, kolorektal, hati, paru-paru dan rahim.
Disamping itu, kandungan vitamin C yang banyak terdapat pada longan juga dapat menambahkan lagi sifat antioksida yang terdapat pada buah longan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kandungan vitamin C yang terdapat pada longan sebanyak 72.1mg bagi setiap 100gram longan.
KESIMPULAN :
Vitamin C sangat penting untuk sistem ketahanan badan anda, metabolisma badan dan kesihatan jantung dan saluran darah.Kekurangan Vitamin C boleh memberi kesan negatif terhadapat kesihatan.
Walaupun buah-buahan sitrus seperti oren sangat terkenal dengan sumber vitamin C, namun pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran lain juga kaya dengan vitamin C. Pengambilan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari dan buah-buahan sebanyak 2 hidangan sehari seperti saranan piramid makanan Malaysia 2020 boleh membantu tubuh mendapatkan keperluan harian vitamin C.
0 Comments