- Dihasilkan daripada buah beri hitam yang ranum, dari pokok renek yang berasal dari Eropah.
- Kandungan antioksida yang tinggi.
- Kaya dengan nutrien yang menyokong imun - Antosianidin (Anthocyanidins).
- Diekstrak, dipekatkan di bawah keadaan vakum (hampagas), kemudian dikeringkan secara semburan dan kandungan antosianidin diseragamkan.
- Merangsang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku
VITAMIN C
Vitamin C adalah vitamin penting. Buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk ceri, oren, limau gedang, kiwi, dan lada merah manis adalah sumber vitamin C yang sangat baik
VITAMIN D
Vitamin D adalah vitamin penting yang larut lemak. Badan kita menghasilkan vitamin D apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Vitamin D juga secara semulajadi terkandung di dalam sesetengah makanan. Beberapa jenis cendawan dan ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan mackerel adalah sumber vitamin D yang sangat baik. Vitamin D juga ditambah ke dalam makanan, termasuk bijiran sarapan pagi dan sesetengah jus oren, yogurt, marjerin, dan minuman soya.
ZINK
Zink adalah mineral penting yang terdapat dalam pelbagai makanan. Antara sumber zink yang bagus ialah daging merah tanpa lemak, ayam, itik, makanan laut, dan bijiran sarapan yang memberikan sumber terbaik.
0 Comments