KETAHUI SEGALANYA MENGENAI SUNSCREEN | MOMMYLIZZ


Salah satu rutin penjagaan kulit ialah dengan memakai pelindung suria atau SUNSCREEN . Namun , tahukah anda bahawa ramai yang tidak mengetahui apa itu pelindung suria / suncreen. Malah , ada juga yang tidak pernah menggunakannya ! 

jom , kita ketahui segalanya mengenai sunscreen 
oh ya..artikel ni PANJANG tau..haha , baca sampai habis tau !


1- APA ITU SUNSCREEN ?

Sunscreen ialah sejenis pelindung atau losyen yang digunakan untuk melindungi kulit kita daripada terkena sinar uv yang terdapat di dalam sinaran matahari.


2- APA FUNGSI SUNSCREEN ?

Suncreen berfungsi sebagai penapis , menapis sinaran UVA dan UVB dari matahari yang merosakkan kulit kita. Actually ada 3 jenis sinaran yang ada dalam matahari

UVA : Menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung dan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.Sinaran UVA biasanya akan masuk ke lapisan kedua kulit (dermis) yang menyebabkan kedutan dan penuaan. UVA juga dikaitkan dengan penurunan sistem imuniti tubuh

UVB : UVB biasanya masuk ke lapisan kulit yang pertama dan seringkali dikaitkan dengan kebakaran kulit (sunburn) UVB banyak dilihat pada ketika panas terik seperti waktu tengahari.

UVC : cahaya ini adalah sangat merbahaya tetapi boleh dikatakan 100% cahaya ini tidak sempat mencapai bumi kerana ia diserap oleh lapisan ozon.

3- APAKAH KEPENTINGAN SUNSCREEN ?

Terdapat pelbagai kepentingan sunscreen , antaranya ialah :

1- Mengurangkan risiko kanser kulit




Kanser kulit berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan sinaran matahari.Menggunakan pelindung matahari setiap hari, walaupun cuaca tidak begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit yang ramai tak sedar. 

Elakkan diri dari terkena kanser kulit dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari. Jika anda sering menghabiskan masa di luar, dan sering terdedah dengan cahaya matahari, anda digalakkan untuk menyapu sunscreen ke muka pada setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum.

2- Mencegah radang kulit



Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari boleh menjadi kemerahan dan keradangan.Kulit akan terasa pedih Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit yang lain seperti eczema dan psiorosis. Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida. Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit. 

3- Mencegah tona warna kulit yang tidak sekata



Semakin kita berusia , tona warna kulit akan menjadi tidak sekata.Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil ‘sun spots’ atau ‘liver spots’ dan kebiasaannya ia berwarna gelap. Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Jadi,dengan penggunaan sunscreen dari umur yang muda , masalah tona warna kulit tidak sekata ini dapat dikurangkan.

4- Mencegah sunburn


Sunburn
 atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari (radiasi ultraviolet) dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan, berkayak dan aktiviti-aktiviti lain tanpa penggunaan pelindung kulit.

Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa. Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain. 

4- ADAKAH SAMA KEPERLUAN SUNSCREEN SEWAKTU DI LUAR RUMAH DAN DI DALAM RUMAH ?

Ada 3 situasi sebenarnya yang boleh anda pertimbangkan :

1- RUMAH YANG GELAP

Jika anda duduk di dalam rumah yang gelap ,sentiasa menutup pintu, tingkap dan langsir sehingga menyebabkan tiada cahaya matahari boleh masuk, anda tidak perlu memakai sunscreen.

2. RUMAH YANG DIMASUKI CAHAYA

Jika anda duduk di dalam rumah yang dimasuki cahaya matahari , anda dinasihatkan untuk memakai sunscreen

3. KELUAR RUMAH

Jika anda keluar dari rumah sama ada untuk menjemur pakaian , mengambil parcel daripada posmen , atau menyiram pokok , anda perlu memakai sunscreen. Walaupun tempohnya hanya sekejap , kulit anda terdedah kepada cahaya matahari.

5. TIPS MEMILIH SUNSCREEN MENGIKUT JENIS KULIT

Terdapat perlbagai jenis sunscreen yang dijual di pasaran. Sebelum membelinya,pastikan anda mengetahui terlebih dahulu jenis kulit anda

1. KULIT KERING



Bagi anda yang ada masalah kulit kering, Pilih sunscreen yang ada formula melembabkan kulit wajah. Antara beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah ialah lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Seterusnya, anda boleh juga membuat semakan sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit. 

2- KULIT  BERJERAWAT / ALAHAN



Untuk anda yang ada masalah sensitif pada kulit ni, elakkan terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda seperti alkohol, paraben dan pewangi.kulit berjerawat adalah sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan untuk halang cahaya UVB kerana ianya boleh menyebabkan iritasi. Elakkan penggunaan produk dari jenis gel. Pilih yang tekstur light krim agar senang ia meresap pada kulit dan tak nampak berminyak

3- KULIT GELAP



Ramai yang beranggapan jika kulit gelap, mereka terhindar dari masalah kulit dan tidak perlu memakai sunscreen.Bukan begitu.Sebenarnya setiap jenis kulit mengandungi pigmentasinya yang tersendiri.Pilih sunscreen dari jenis light cream, sapukan di muka dengan rata.

6. APA BEZA SUNSCREEN DAN SUNBLOCK ?



7. APA ITU SPF

SPF atau Sun Protection Factor adalah kiraan yang merujuk kepada berapa lama dan kuatnya sunscreen untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari. Selalu di tulis SPF15 ,SPF30, SPF50.Tahukah anda apakah maksudnya?

Jom kita tengok cara mengira berapa lama dan kuatnya sunscreen kita :

Sebagai contoh, sunscreen yang mempunyai SPF15, kita perlu tolak 1 daripada nilai SPF tu kemudian bahagi dgn 15.

(15-1)/15 = 0.93

Maknanya sunscreen tersebut dapat melindungi kulit kita 93% daripada sinaran cahaya matahari seperti UVA dan UVB. 

Secara umum, pelindung matahari dengan:

SPF 2 menyekat 50 peratus sinaran UVB
SPF 4 menyekat 75 peratus sinaran UVB
SPF 8 menyekat 87 peratus sinaran UVB
SPF 15 menyekat 93 peratus sinaran UVB
SPF 30 menyekat 97 peratus sinaran UVB
SPF 50 menyekat 98 peratus sinaran UVB
SPF 100 menyekat 99 peratus sinaran UVB


8. BERAPA BANYAK SUNSCREEN UNTUK DIPAKAI & BAGAIMANA MEMILIH SUNSCREEN ?



Seeloknya sebanyak 4 tbs atau 2 JARI. Banyak? Ya , itulah amount yang sepatutnya dipakai untuk lindungi kulit muka kita . So,kalau korang pakai sunscreen tapi kulit masih terbakar, means kena check balik amaun sunscreen yang korang apply tu. Selebihnya ada panduan dalam gambar tu ya!

Pilih sunscreen yang ada BROAD SPECTRUM, maksudnya ada perlindungan UVA dan UVB

9. KESALAHAN APABILA MEMAKAI SUNSCREEN

1- AMAUN YANG TIDAK MENCUKUPI

Amaun sunscreen dengan produk muka yang lain tidak sama. Sekiranya anda hanya menggunakan satu ke dua dot, ia tidak akan memberikan perlindungan. Sebaliknya, gunakan dua jari anda sebagai indikator. Letakkan sunscreen pada dua jari dan sapukan ke atas muka anda. 

2- HANYA DIPAKAI BILA KELUAR SAHAJA

Kepentingan suncreen bukan hanya untuk keluar rumah. Ramai menganggap perlu menggunakan sunscreen apabila keluar rumah saja. Hakikatnya, anda perlu memakai di dalam rumah. Lagi-lagi rumah yang mempunyai pencahayaan yang tinggi. Kulit anda masih terdedah dengan cahaya matahari walaupun berada di rumah.

3- SPF TINGGI LEBIH BAIK

Seperti produk-produk yang lain, sekiranya sudah tamat tempoh atau expired, ia tidak lagi dapat memberi manfaat yang maksimum dan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi sunscreen pula, ia tidak boleh digunakan setelah tamat tempoh. Cara untuk kenalpasti jika sunscreen anda telah tamat tempoh adalah dengan menyemak period after opening. Period after opening akan menunjukkan berapa lama produk tersebut selamat untuk digunakan selepas dibuka. 

4- TIDAK MENUNGGU SELAMA 20 MINIT

Sunscreen hanya mampu diserap sekurang-kurangnya 20 hingga ke 30 minit sebelum kulit terdedah ke cahaya matahari. Dengan memberikan masa, ia dapat menyerap ke dalam kulit untuk memberikan perlindungan yang baik. 

10- SINCARE ROUTINE YANG BETUL


Kesimpulannya , p
enjagaan kulit tanpa sunscreen adalah perbuatan yang sia-sia. Masih ramai yang tidak sedar baik. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya wajib menggunakan sunscreen. Bukan saja untuk mendapatkan wajah yang cantik, tapi ia adalah untuk melindungi kesihatan kulit kita agar sentiasa sihat. 

Kulit adalah lapisan luar yang melindung sel-sel dalaman. Kalau kulit dah terjejas, macam mana dengan sel-sel dalaman yang lain? Oleh itu, amalkan penggunaan sunscreen dengan kerap!

psst .. sekarang ni ada promosi best ! Klik banner ya !




Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera


Post a Comment

0 Comments