APA ITU CORONAVIRUS ?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020
BAGAIMANAKAN COVID-19 MEREBAK ?
Cara penularan COVID-19 daripada individu kepada indibidu lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.
APAKAH GEJALA RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) COVID-19?
Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan
saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti
kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke
sana.
APAKAH RAWATAN UNTUK COVID-19 ?
Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan
diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.Langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah :
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand
sanitizer untuk digunakan apabila perlu
- Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala.
Oleh itu , adalah penting agar kita semua menjaga kesihatan dan peka kepada persekitaran. Walau dah boleh merentas negeri , anak-anak pun dah mula bersekolah , pematuhan SOP amatlah perlu dalam memastikan kita sentiasa sihat dan terhindar dari Covid-19
Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera
0 Comments