Pada 5 Oktober,telah dilancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021.Ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).
Penganjuran BKN pada Oktober setiap tahun adalah selaras dengan sambutan International Disaster Day yang disambut pada 13 Oktober. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, bertemakan ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’, kesiapsiagaan bencana adalah bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab setiap individu kerana semua orang mempunyai risiko terhadap potensi bencana.
Untuk pengetahuan , Bulan Kesiapsiagaan Nasional telah dirancang sejak dari tahun 2015 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek KLIK UNTUK INFO
Umumnya,pada pertengahan November sehingga awal Januari adalah fasa dimana kita akan menghadapi musim tengkujuh. Maka disinilah Bug Out Bag diperlukan.
BOB ini terkenal di negara-negara yang sering dilanda musibah ataupun kegunaan untuk para pendaki gunung dan yang suka berkhemah namun sejak kejadian banjir di Selangor dan Pahang baru-baru ini telah menjadi titik tolak kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menyediakannya.
APA ITU BUG OUT BAG (BOB)
Bug Out Bag (BOB) adalah beg yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika berpindah dari pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.Secara asasnya , ia adalah beg yang mengandungi kit kecemasan peribadi kita.
KENAPA PERLU ADA BOB
- Sebagai persediaan awal jika terpaksa keluar dari rumah dlm keadaan tergesa2
- Hanya GRAB & GO tanpa perlu mengambil masa utk berfikir dan mengemas apa yg perlu dibawa
- Menjauhkan diri dari tempat bencana secepat mungkin
- Kit lengkap dengan pelbagai peralatan yg diperlukan utk survived diluar selama 3 hari
- Memudahkan serta mempercepatkan proses perpindahan
APA YANG PERLU ADA DALAM BOB
Berikut adalah beberapa cadangan item yang boleh anda sediakan di dalam BOB.
Antara contoh BOB yang dikongsikan di facebook
oh ya, untuk suplimen,korang boleh juga selitkan Nutriferon di dalam BOB ini.Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.Hanya koyak dan telan atau bancuhkan dengan air!
0 Comments