SUPLIMEN SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN IMUNITI TUBUH | MOMMYLIZZ



SUPLIMEN SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN IMUNITI TUBUH | Setiap hari terdedah dengan pelbagai penyakit dan jangkitan.Jika tubuh kita tidak dilengkapi dengan sistem pertahanan yang kuat,pasti kita akan mudah jatuh sakit.

Selain makan makanan yang sihat dan bersenam,pengambilan suplimen juga dapat membantu kita untuk meningkatkan imuniti tubuh.

Ramai yang bertanya apakah suplimen Shaklee yang membantu meningkatkan imuniti tubuh.Jemput baca entry ini sehingga habis ya!

1. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C


Vitamin C adalah vitamin yang penting kepada badan kita , namun kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri maka kita perlu dapatkannya melalui pemakanan.Apabila kita sakit,badan kita memerlukan lebih vitamin C untuk melawan penyakit.

FUNGSI VITAMIN C :

  1. Dos tinggi membunuh kuman melalui reaksi Fenton.
  2. Vitamin C meningkatkan oksigen, kolagen dan agrecan dalam badan yang membantu pemulihan.
  3. Vitamin C juga meningkatkan penyerapan zat besiyang penting untuk imuniti badan.
  4. Vitamin C juga penting untuk pergerakan darah putih melawan kuman (neutrophil) ke organ paru-paru. 

KEPERLUAN VITAMIN C HARIAN :



DOS MAKSIMUM VITAMIN C :


Apabila terkena jangkitan, badan manusia makin kurang vitamin , jadi pengambilan harian adalah sangat kritikal untuk imun yang sihat. Sebab itulah dos waktu sakit, dan dos waktu sihat berbeza. Kalau ikutkan Dr Norman, time sakit kena covid, kena ambil 6000mg, waktu sihat ambil sekitar 2000mg.


2. VITAMIN D


Vitamin D juga dikenali sebagai Sunshine Vitamin. Vitamin D  dihasilkan oleh kolesterol bawah kulit kita dengan bantuan cahaya matahari.Tapi sayangnya, sangat ramai orang kekurangan Vitamin D. Kita tak cukup terdedah kepada matahari di antara jam 10 pagi – 2 petang. Kebanyakan kita adalah indoor workers.

Penanda keradangan seperti CRP dan cytokine didapati tinggi apabila badan kekurangan vitamin D. 

Tahap Vitamin D yang rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan saluran pernafasan atas, termasuk influenza dan asma alergi.Pengambilan vitamin D dapat meningkatkan tindak balas imun dan melindungi daripada jangkitan saluran pernafasan.


Kajian lain menyatakan bahawa suplemen vitamin D dapat meningkatkan tindak balas terhadap rawatan antivirus pada orang dengan jangkitan tertentu, termasuk hepatitis C dan HIV.



3- ZINC





Zinc adalah mineral yang berperanan penting dalam pertumbuhan dan pertahanan badan.Menurut European Journal of Immunology , zinc berfungsi untuk mengaktifkan sel T (limfosit T).Sel tersebut bekerja dengan dua cara,iaitu mengendalikan respon imun dan menyerang sel yang membawa kuman penyebab penyakit.Sebab itulah apabila tubuh kita kekurangan zinc,sistem imun pun akan turut terganggu.

Pengambilan zinc dapat melindungi tubuh dari infeksi saluran pernafasan.Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2019 terhadap 64 kanak-kanak yang mengalami infeksi pernafasan mendapati bahawa mereka yang menerima 30mg zinc sehari sembuh lebih cepat berbanding dengan yang tidak menerima zinc


4- ELDERBERRY


Elderberry adalah buah berry berwarna ungu tua, secara saintifiknya dikenali sebagai Sumbucus Nigra. Ia berasal dari Eropah dan Amerika Utara. Buah berbentuk kecil ini mengandung pelbagai vitamin, mineral, dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh.Elderberry juga mengandungi sumber antioksidan iaitu anthocyanin, flavonoid, dan asam fenol yang efektif untuk mencegah berbagai penyakit kronik

Dalam kajian, ekstrak elderberry menunjukkan potensi antibakteria dan antivirus yang kuat terhadap patogen bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran pernafasan atas dan strain virus influenza.Kajian juga mendapati elderberry dapat mengurangkan tempoh dan gejala demam selesema pada pelancong udara. Pelancong yang menggunakan ramuan ini dari 10 hari sebelum melakukan perjalanan sehingga 4-5 hari setelah tiba di luar negara mengalami tempoh demam selang dua hari lebih pendek dan juga pengurangan gejala selsema yang ketara.Jurnal Penyelidikan Perubatan Antarabangsa menunjukkan bahawa apabila ekstrak elderberry digunakan dalam tempoh 48 jam pertama dari permulaan gejala demam selsema, ini akan memendekkan tempoh gejala selsema 4 hari.

Secara khusus, flavonoid dalam ekstrak elderberry mengikat virus influenza manusia H1N1 serta virus influenza burung H5N1.


Antara produk Shaklee yang mengandungi Elderberry termasuklah Life Shake , Energizing Tea , Vivix dan Hero Kiddo.

5- MINYAK IKAN 



Pengambilan vitamin minyak ikan yang tinggi dengan DHA dan EPA membantu menyokong sistem imun yang sihat.Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang berkualiti tinggi, di mana dapat membantu meningkatkan ketahanan sistem imun badan. Omega Guard mengandungi:

  1. Minyak ikan berkepekatan tinggi
  2. Tinggi dengan DHA dan EPA. 1 sajian = 999 mg Omega-3. 546 mg EPA, 360 mg DHA.
  3. Menjalani penyulingan molekul berganda. Minyak ikan paling bersih.
  4. Bau dan rasa ikan yang minimum
  5. Diiktiraf oleh Friend of the Sea untuk bekalan berterusan minyak ikan

6- NUTRIFERON


NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat jenis ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.*

Semoga kita semua terpelihara daripada penyakit yang bahaya ini.Selagi mana boleh,kita usahakan apa yang terbaik untuk diri dan keluarga tersayang


Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera


Post a Comment

0 Comments