5 CARA UNTUK KELIHATAN MUDA | Bila umur makin meningkat,kita mengalami penuaan,kulit dah tak secantik dulu.Garisan dan kedutan makin jelas kelihatan. Namun,tahukah anda ada 5 cara untuk kelihatan muda remaja?
1. TEGANGKAN KULIT DENGAN COLLAGEN
Kolagen banyak terdapat di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalannya. Menambah pengambilan kolagen sangat digalakkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda- tanda penuaan. Penghasilannya meningkat dengan penambahan vitamin C kerana ia membantu menghubungkan kolagen, menjadikan kulit semakin tegang dan muda.
Tips : Carilah suplemen dengan berat molekul yang rendah iaitu pada 1,000 Dalton untuk penyerapan yang lebih baik bagi merangsang sistesis kolagen.
baca artikel berkaitan :
2. AMBIL SUPLIMEN DENGAN VITAMIN C
Vitamin C merangsang keupayaan kulit untuk memulihkan dirinya, yang mengurangkan penampilan kedutan, dan melembutkan kulit yang kering dan kasar. Ia bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Ia juga adalah komponen penting dalam sintesis kolagen yang membantu meningkatkan ketegangan, kelembutan, keserian dan kesihatan kulit.
Tips : Carilah suplemen dengan sistem pelepasan berperingkat supaya badan anda menyerap dos vitamin C yang diperlukan dengan berkesan!
baca lagi :
3. AMBIL ASID LEMAK PENTING
Makanan yang kaya asid lemak perlu (asid lemak omega-3 dan omega-6) adalah sangat bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, menambah baik penampilan kulit yang berumur dan kelihatan lesu. Miliki kulit yang kelihatan muda dengan memasukkan makanan seperti salmon atau lain-lain minyak ikan, sayur-sayur berdaun, bijian, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda.
Tips : Carilah suplemen dengan tiga penyulingan molekul untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya dan meminimumkan bau serta rasa hanyir.
4. GUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG BETUL
Miliki kulit sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Beralihlah kepada produk semulajadi, berasaskan tumbuhan seperti YOUTHT dihasilkan dengan mengutamakan keperluan pengguna untuk mengembalikan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan. Dengan memanfaatkan kuasa botani, anda boleh mengharapkan YOUTH untuk menyihatkan dan melindungi kulit anda supaya anda kelihatan muda setiap hari.
Tips : Mulakan dari asas dengan YOUTHT Starter Kit, mengandungi pembersih, penyegar, pelembap dan krim malam untuk kulit yang berseri.
baca lagi :
5. MINUM BANYAK AIR
Tips : Berikan kelainan pada air kosong dengan menambah hirisan buah-buahan kegemaran anda untuk mendapatkan minuman yang enak dan menyegarkan.
Norliza Binti Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 879163
sms/whatsapp: 019 2638675
Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.
6 Comments
Bagus tips ni sebab semua suka nak nampak awet muda selalu kan
ReplyDeletedah pernah breakout muka.. memang lebih berhati dari setiap sudut. jaga dalaman dan luaran sangat penting. tq share info
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ini... kena rajin amalkan baru nampak muda dan sihat... - Bonde
ReplyDeleteDah buat semua tu. Harap umur 50-60 nanti boleh saing anak-anak la hahahha
ReplyDeleteOhh yes, I wanna stay healthy beautiful as always, thanks for these lovely tips, saved this as my daily reminder la :) cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteSemua orang impikan kulit yang cantik dan awet muda. Thanks for sharing yong. tips ni boleh diamalkan setiap hari. rajin ngan tak rajin je
ReplyDelete