GLA UNTUK SETIAP WANITA | MOMMYLIZZ


GLA UNTUK SETIAP WANITA |  Apabila usia semakin meningkat,tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan,jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

1. MENGGALAKKAN KESIHATAN KULIT

Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:

- Meningkatkan tahap kelembapan kulit.

GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita.

- Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.

Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

2. MEREDAKAN SINDROM PRA-MENSTRUAL

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:

- Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.

- Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).

3. MELEGAKAN SIMPTOM MENOPAUS

Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:

- Melegakan simptom-simptom ketegangan payudara.
- Menambah baik kesihatan emosi.

BACA LAGI : 

KETAHUI KEHEBATAN GLA COMPLEX

10 SEBAB MENGAPA ANDA MESTI AMALKAN GLA COMPLEX

KENAPA SAYA MESTI PILIH GLA DARI BUNGA BORAGE DAN BUKAN DARI SUMBER EPO?


BERMINAT UNTUK MEMBELI GLA COMPLEX DENGAN HARGA AHLI?
KLIK DISINI

JADI AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PENJIMATAN HEBAT 
KLIK DISINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.


Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdulillah .. ramai dah setuju dengan gla. gla memang berkesan untuk hormon wanita. terima kasih tambah lagi ilmu

    ReplyDelete
  2. This is good, thanks for sharing. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Terbaek produk ditawarkan terutama utk wanita masuk 50an ke atas

    ReplyDelete
  4. Bagus jugà bila ada produk sebegini lagi2 utk wanita yg mengalami PMS, semoga membantu meredakan masalah PMS.

    ReplyDelete
  5. Sudah berusia 40+ ni kena siap sedia perkara yang ke 3 . Simptom Menopos

    ReplyDelete
  6. bestfriend wanita GLA ni. Lagi berumur lagi bagus amalkan GLA ni.

    ReplyDelete