KEHAMILAN LUAR RAHIM : PUNCA DAN SIMPTOM | MOMMYLIZZ


Kehamilan luar rahim atau ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ kehamilan. Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan bergerak masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi.

Kehamilan luar rahim seringkali terjadi di dalam tiub fallopian (98%) namun ianya turut terjadi di hujung infundibular dan fimbrial (5%), bahagian ampulla (80%), ithsmus (12%) dan bahagian Cornual dan Interstitial tube (2%)



PUNCA

Antara punca utama terjadinya kehamilan luar rahim ialah ketidaknormalan pada struktur anatomi tiub fallopian. Lapisan dalam tiub fallopian disaluti dengan unjuran seperti rambut yang dipanggil silia. Pengangkutan embrio dibantu oleh pergerakan silia ini. Oleh itu,jika pergerakan silia terganggu, embrio akan terperangkap di dalam tiub fallopian lalu mengakibatkan berlakunya kehamilan ektopik.

Beberapa punca lain yang dikenalpasti termasuklah :

1- Pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini
2- Keabnormalan kongenitial tiub fallopian
3- Pernah menjalani pembedahan tiub fallopian
4- Jangkitan kuman pada pelvis
5- Kehadiran endometriosis, fibroid, dan tisu parut dalam pelvis
6- Penggunaan IUCD
7- Tabiat merokok

SIMPTOM

Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukkan simptom atau gejalanya pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan.

1- Sakit bahagian bawah perut, pada salah satu bahagian (sama ada kiri atau kanan)
2- Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap
3- Sakit pada bahagian bawah abdomen
4- Cirit-birit atau sakit ketika membuang air besar

Sekiranya kandungan luar rahim pecah, simptom berikut boleh berlaku :

1- Sakit teruk yang berlaku secara tiba-tiba pada bahagian bawah abdomen
2- Berpeluh dengan banyak, pening kepala dan rasa pitam
3- Sakit pada bahagian bahu kerana pendarahan yang berlaku merangsang bahagian diafragma
4- Tekanan darah menjadi rendah dan pernafasan menjadi tercungap-cungap akibat kehilangan darah yang banyak
5- Muntah, loya dan sakit pada payudara

Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas. Pembedahan harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku. Pendarahan serius yang berlaku boleh menyebabkan kematian.

Baca lagi :



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya:


Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Post a Comment

0 Comments